Breaking

Tuesday, July 23, 2013

BIAR BETUL? - Masyarakat Islam Di Kiruna Berpuasa Selama 24 Jam

TAOTAUAJER - BAGI penduduk di garisan Khatulistiwa seperti Malaysia kehadiran Ramadan tidak pernah menjadi 'kebimbangan', tidak kira pada musim apa bulan suci itu muncul sepanjang tahun. Namun bagi penduduk di negara yang mempunyai empat musim, kehadiran Ramadan pada musim panas iaitu dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun menimbulkan sedikit kebimbangan kerana pada ketika itu tempoh siangnya akan lebih panjang berbanding malam.


Bulan Ramadhan kali ini di Eropah bertepatan dengan musim panas. Untuk umat islam yang tinggal di negara-negara berdekatan dengan kutub utara seperti Swedia dan Norwegia, puasa kali ini akan terasa lebih special karana waktu siang yang panjang di negara-negara tersebut.

Di Stockholm, ibu kota negara yang menjadi tempat kediaman keluarga raja Swedia, umat Islam berpuasa selama hampir 20 jam antara pukul 02.00-20.00. Manakala waktu berpuasa di Kiruna selama hampir 24 jam, di sebabkan oleh matahari 24 jam tetap terang seharian sehingga tidak memberi kesempatan pada malam.

Berdasarkan rekod, kali terakhir Ramadan jatuh pada musim panas 30 tahun lalu.


"Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali Melhem.



Dengan itu komuniti Islam di wilayah Kiruna, Sweden kebingungan dalam menjalankan ibadah puasa Ramadan. Lintasan panjang matahari ketika Ramadan tiba yang menjadi persoalan. 

Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.

Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas. Melhem memang tetap berpuasa. Namun dia mengatakan, puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat. Terutama bagi isteri dan anak-anaknya. ”Saya dan isteri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq,” kata Melhem.

Perbincangan itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang terdekat.

Petunjuk itu memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian selatan Kiruna mencapai 23 jam!

Dari sembilan juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam. Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.

Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi.

SUMBER : .republika

TAOTAUAJER :  Agaknya   bagaimana pengalaman berpuasa sehingga 24 jam? macam mana dengan waktu berbukan dan sahur kalau dah 24 jam berpuasa. - Koleksi Informasi

Adbox