Breaking

Monday, July 22, 2013

COOL! - Reaksi Apabila Pemuda Cina Belajar Berpuasa [VIDEO]

TAOTAUAJER - JIKA pasangan Alvin dan Vivian memilih untuk memuatnaikkan poster kontroversi berbuka dengan “Bak Kut Teh”, gambar aksi seks dan juga mempromosikan parti seks… ada seorang pemuda berketurunan Cina yang mungkin boleh kita berikan pujian.


Kita bangga dengan adanya orang muda seperti Jo yang sanggup menyelami tuntutan Islam untuk berpuasa dan merakamkan setiap detik istimewa berpuasa sehari yang dia lakukan.

Jo memulakan dokumentarinya pada pukul 1 pagi namun dia terlepas untuk bersahur pada keesokan harinya.

Biarpun begitu, Jo tetap komited dengan janjinya untuk cuba berpuasa selama sehari.

Video Jo berpuasa dimuatnaik semalam oleh Germani Productions.

Apapun, kita gembira kerana Jo berjaya berpuasa selama sehari bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi menurut Jo dia juga menahan diri dari melakukan perkara ‘jahat.’

Kepada Jo, syabas kerana anda berjaya berpuasa selama sehari dan kalau boleh teruskan lagi berpuasa kerana ia terbukti boleh memperbaiki kesihatan kita terutamanya proses penghadaman.

Kita tahu ramai pemuda di luar sana yang suka mencari salah dan membuat provokasi seperti Alvin dan Vivian itu, namun tak kurang juga yang berkeperibadian tinggi seperti mana anak muda ini.

Saksikan pengembaraan Jo berpuasa sehari di bulan ramadhan



SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER : Tahniah buat jo,tak rugi pun sebenarnya berpuasa kepada orang bukan Islam,banyak manfaat yang diperolehi,teruskan amalan berpuasa kalau mampu! amik peluang la merasai pengalaman yang datang setahun sekali ini. - Koleksi COOL! 

Adbox