Breaking

Thursday, May 5, 2011

Wow | Susu Ibu buat keju la pulak

Perggh..dulu heboh pasal susu ibu buat aiskrim kali nieh pulak dikatakan susu ibu dibuat keju la pulak...


NEW YORK - Setelah sebelumnya muncul inovasi ais krim dari air susu ibu, kini inovasi air susu ibu kembali hadir ke dalam pembuatan keju.

Sebuah kedai khusus menjual keju di New York, The Lady Cheese Shop, menawarkan pengalaman baru "rasa baru" tersebut bagi para penikmat keju tersebut.

Pemilik kedai, Miriam Simun berharap keju dari air susu ibu ini dapat menjawab pertanyaan mengenai etika bioteknologi moden.

“Keju adalah sajian pembuka pada saat sebuah percakapan akan dimulakan, banyak yang menyukainya walaupun banyak juga yang tidak suka,” ujar wanita jlulusan sarjana dari New York Universiti, demikian lapor Telegraph, Selasa (3/5/2011).

Bahkan Simun mengaku, ada tiga orang jururawat yang meminta air susunya untuk dijadikan sebagai bahan keju buatannya.

Simun pun meneliti dahulu air susu tersebut, mensterilkan dan lalu mengolah dengan langkah-langkah dasar pembuatan keju.

Kini Simun memiliki tiga variasi khusus yang tersedia hanya di hari Minggu, iaitu West Side Funk, Midtown Smoke yang disebut sebagai si "krim keju dari syurga" yang rendah lemak dan mengandung saripati sayur-sayuran.(rhs)

macam-macam la idea deorang nieh...agak2 ape rasenyer ek??

Photobucket
SUMBER | TEMPO Interaktif
Adbox