Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » » » » Owh | Solat Jenazah Osama Laden Di Karachi menghibakan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Solat jenazah bagi pemergian Osama Laden dilakukan di Karach, sepertinya terlalu hiba ramai yang menangis dengan pemergian beliau sewaktu solat jenazah berikut di jalankan.

Photobucket

Pengikut pertubuhan Islam yang telah diharamkan Jamaat-ud-Dawa menitiskan air mata ketika upacara solat jenazah untuk Osama di Karachi semalam.

Photobucket

sebak yang tidak terhingga sehinggakan menitiskan air mata

Photobucket

RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.

Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain,” kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat),” katanya dipetik Reuters.

Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu,” katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam. Iye ker??

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati,” kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain,” kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan),” kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim,” katanya lagi.

Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian,” kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an.

iNAlillah~ Kes kematian Osama masih lagi menjadi tanda tanya satu dunia...

Photobucket
SUMBER | REUTERS
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post