Breaking

Wednesday, October 23, 2013

MISTERI! - Biar Betul Kisah Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kisah-kisah seperti lagenda yang membabitkan tentang jelmaan haiwan ada yang menganggap ia sekadar satu cerita dongeng. Kini terdapat satu berita yang sangat aneh dan pelik tersebar dimana dikatakan satu cerita yang di percayai benar apabila seorang bayi yang telah bertukar menjadi seekor buaya. Dikatakan buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Jom kita lihat kebenarannya...


Kejadian aneh ini tidak di ketahui bila dan dimana ia berlaku kerana tiada sebarang maklumat yang diterima hanya cerita dan gambar-gambar di tontonkan kepada orang ramai.Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya.


Bayi yang menjadi buaya ini dikatakan bersifat pelik sepertimana sifat seorang manusia, dimana ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.


Cerita ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Dimana kisah ini diambil daripada seorang pengguna di Twitter. Begini kisahnya.

Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi’. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.

Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian ,wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.

Seperti yang di janji kan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu.

Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain. Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.

Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.


Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.


Inilah tempat mandinya.





Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturunan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaganya. Itulah ibu !

TAOTAUAJER : Apakah cerita ini benar? ini adalah kisah yang sangat misteri jarang kali kita dengar dan kita lihat. Namun begitu daripada kisah ini kita dapat lihat bagaimana pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya meskipun sudah berubah menjadi seekor buaya. Wallahuallam, mungkin Allah sahaja yang tahu kebenaran dan misteri disebalik kejadian ini - Koleksi  Kejadian Pelik dan Luar Biasa

Adbox