Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.

WOW! - Jom Kita Lihat Dumbell Angkat Berat Versi China! (8 GAMBAR)

Monday, May 20, 2013

TAOTAUAJER - Pelik-pelik pulak sukan dari negara china nieh... kalau biasa dumbell dah tentulah besi yang di angkat tapi lain pulak ceritanya di China. Jom kita lihat....



TAOTAUAJER : Ahaaa.. kesian babi tu yang jadi sebagai pemberat. Ini dah macam satu penganaian tehadap binatang. Tengok mulut babi tu.. tercungap-cungap la kot. - Koleksi only in China

PELIK! - Bulatan Pelik Seperti Mata Ditemui Di Padang Pasir (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini satu kejadian yang misteri apabila dijumpai bulatan pelik seperti mata di jumpai di padang pasir. Banyak pulak perkara pelik yang dijumpai di padang pasir. Kalau sebelum ini tao ade tunjukkan kejadian pelik apabila hutan dijumpai di bawah padang pasir, bebola jeli unggu misteri dijumpai di padang pasir, dan bermacam lagi.


Gambar Bulatan pekeliling terkemuka di padang pasir Sahara Mauritania telah menarik perhatian sejak misi angkasa terawal kerana ia membentuk seperti "mata" dalam dalam bentuk yang sangat besar di padang pasir.

Digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai seperti fosil outsized di padang pasir, struktur, yang mempunyai diameter hampir 30 kilometer, telah menjadi satu mercu tanda bagi krew ulang-alik. Pada mulanya ditafsirkan sebagai satu struktur impak meteorit kerana tahap yang tinggi bundar, ia kini dianggap sebagai meningkatkan simetri yang telah didedahkan oleh hakisan. Quartzites Paleozoic membentuk.




TAOTAUAJER : Subhanallah menakjubkan, kejadian alam yang membentuk satu simetri yang telah disebabkan oleh hakisan dengan skala yang besar. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


BIAR BETUL! - Benarkah Disebalik Watak Superman Adalah YAHUDI ?

Sunday, May 19, 2013

TAOTAUAJER - Superman sudah tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan juga yang dewasa, dari kita kecil dah tengok kartoon superman dan sehingga kini sudah terdapat banyak movie-movie berkaitan superman seperti Smallville dan juga pelbagai lagi movie superman yang telah di tayangkan di pawagam, dan yang paling terkini akan keluar adalah Man of Steel.


Tapi Benarkah disebalik watak superman adalah Yahudi?

DALAM akhbar beberapa tahun lalu, seorang penyanyi terkenal Faizal Tahir membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyedari asal watak Superman. Faizal menggunakan imej itu sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.



Dari depan Jerry Siegel (kiri) dan Joe Shuster (kanan)

Siegel dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis.


Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.

Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.


Anehnya cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular.

komik Superman issu #1 

Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar. Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman.

Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta. Hari ini berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan Shuster mati papa kedana.

Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu.

Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan "perilaku" Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman.

Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang - khususnya ekonomi di Eropah. Pelaksanaan "penyelesaian terakhir" Hitler ialah dengan membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.

Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegel dan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada.

Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.

Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. Perkataan "El" dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.

Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep "Superman" (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 - 1900).

Beliaulah yang memperkenalkan "Supermensch" dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.

Apakah Superman seorang Yahudi? Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah "alter ego" Yahudi yang berbahaya.


Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.
Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka makna survival. Seperti tulisan saya mengenai Sinema Holocaust dua minggu lalu, mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Dalam rencana saya di dalam halaman ini pada 22 Jun 2003 ("Mencari Rahsia Kekuatan Yahudi") saya menyentuh tentang penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang. Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi "mengasingkan" orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.

Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel's Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS - termasuk Barack Obama - harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.

Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.

Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis 'Superman' wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.


FAKTA YANG KORANG HARUS TAU TENTANG SUPERMAN:

  • Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
  • Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
  • Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.
  • Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.
  • Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
  • Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.
  • Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.
SUMBER : utusan 

TAOTAUAJER : Lihatlah betapa kuatnya dan dahsyatnya pengaruh yahudi di dunia ini meskipun orang Yahudi tidak ramai di dunia ini tetapi mereka mampu menakluk dunia tanpa kita sedari. Ini adalah antara salah satu sebab mengapa Adolph Hitler membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. 

OMG! - Pemberontak Syria Makan Organ Askar Terbunuh [VIDEO]

Thursday, May 16, 2013

TAOTAUAJER - Klip video 27 saat memaparkan seorang individu dipercayai dari kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menjamah organ mentah manusia yang didakwa tentera Syria, disahkan sahih.


Seorang lelaki dipercayai askar kumpulan tentera FSA memakan paru-paru seorang tentera Syria.

Dalam temu bual majalah Times, seorang ahli kumpulan Abu Sakkar, Abu Khalid al Hamad mendakwa, video tersebut adalah tulen.

Video itu memaparkan, seorang kanibal dari askar FSA memotong badan seorang lelaki lalu mengambil organ jantung dan memakannya.

Seorang pakar bedah yang melihat video tersebut juga mengesahkan organ terbabit adalah jantung.

Timbalan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah, Nadim Houry menyelar tindakan itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.

“Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti bagi semua jenayah perang dan kemanusiaan tidak dicabuli. Negara dunia perlu bertindak tegas menghentikan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Sementara itu, di Geneva, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘perbuatan benar-benar kejam’ dan perlu disiasat sebagai jenayah perang.

“Mencacatkan atau memijak mayat semasa konflik adalah sebahagian daripada jenayah perang. Saya menggesa kumpulan FSA di Syria supaya menghentikan perbuatan itu,” katanya.

April lalu, dua wartawan Times menerima salinan video berkenaan namun menganggapnya sebagai visual palsu untuk tujuan propaganda.

Namun baru-baru ini, mereka cuba mengesahkan kesahihan visual tersebut dan ternyata video berkenaan adalah tulen dan ia kini tersebar berleluasa di laman Facebook dan You Tube.

Saksikan video ini Pemberontak Syria makan hati seorang Askar Mati dengan memotong dadanya



SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller dah melarat dah konflik syria ni... sampaikan deorang nak makan organ askar yang mati tanda kekejaman deorang la nieh. Mungkin video itu benar. tapi tak bermakna dibuat oleh FSA. ada juga kemungkinan dibuat sendiri oleh pengikut basyar sbg cara nak raih sokongan antarabangsa pd mereka. 

TAUTAK? - Semut Boleh Mengesan Akan Berlakunya Gempa Bumi

Tuesday, May 14, 2013

TAOTAUAJER - Kehadiran gempa bumi hanya boleh kita ketahui apabila kita merasakan gegarannya, tetapi tidak bagi satu ciptaan Allah ini iaitu semut. Dimana kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.


Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.


SUMBER :OurAmazing Planet

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau bukan setakat semut jer boleh meramalkan gempa bumi , di China Anjing digunakan bagi meramal gempa bumi dan manakala di jepun tikus . Ini dimana haiwan tersebut akan berkelakuan luar biasa sebelum gempa bumi akan berlaku. Subhanallah, deria haiwan melampaui batas kita seorang manusia. Tengoklah sekecil-kecil haiwan tetapi ia juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kita. Dengan itu bukan suka-suka sesuatu itu di jadikan tanpa sebab Allahuakbar!

WOW! - Polis Wanita Dubai Pertama Dengan Kereta Paling Pantas Di Dunia (8 GAMBAR)

Saturday, May 11, 2013

TAOTAUAJER - Wow, ini satu kebanggaan buat kaum wanita apabila kini sudah ada wanita yang menjadi pegawai polis yang terpantas. Kalau kebiasaannya kereta supercar mehal di monopoli oleh golongan lelaki tetapi lain di  Emiriah Arab Bersatu apabila Penguatkuasaan undang-undang Dubai dipindahkan ke supercars mahal.


baru-baru ini bandar terbesar di jabatan polis dari Emiriah Arab Bersatu telah dilengkapi dengan armada kereta Lamborghini Aventador, kuasa enjin 700 kuasa kuda. Kini polis wanita kumpulan pertama menerima 4 Ferrari baru . 


Polis wanita ini menerima latihan khas terlebih dahulu untuk memandu kenderaan jenis ini . Ferrari FF dari 0 ke 100 km / h hanya dalam masa tiga setengah saat, dengan harga kereta setengah juta dolar.








SUMBER :skynewsarabia.com 

TAOTAUAJER : Pergh..dubai dahsyat-dahsyat belaka, kaya sungguh Emiriah Arab Bersatu nie. Macam-macam benda yang gempak dari sana. Kalau kat malaysia ade macam nie silap-silap polis pon racing sekali agak nyer. - Koleksi Menarik 


SUBHANALLAH! - Ribut Paling Menggerunkan Di Planet Zuhal (3 GAMBAR)

Friday, May 10, 2013

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau Zuhal Adalah planet ke 6 dari matahari dan juga antara planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Satu fenomena yang menakutkan berjaya dirakamkan di Planet Zuhal. Selain bumi, planet-planet lain jugak mengalami fenomena-fenomena ribut dan ia lebih dahsyat daripada bumi disebabkan oleh beberapa faktor. Jom kita lihat..


Ini adalah taufan paling kuat pernah dicatatkan sistem solar berlarutan di planet Zuhal.Imej yang menakjubkan fenomena ini kosmik lakukan Cassini. Para saintis mengatakan bahawa dia telah bermula beberapa tahun yang lalu. Taufan ini, yang meliputi kutub utara planet tersebut, adalah sama dengan separuh daripada kawasan Australia. kawah diameter kira-kira 2000 km, dan kelajuan angin di pusat prevyshet 500 km sejam.



TAOTAUAJER : Menggerunkan ribut yang begitu besar, pastinyer ribut tersebut sanggat dahsyat dan tidak dapat di lihat apa yang berlaku di bawah awan ribut tersebut. Kalau jadi macam nie kat bumi agaknyer macamana? Allahuakbar! - Koleksi Dahsyat


WTF! - Pasti Korang Mengarut Apabila Tau Apa Dalam Bungkusan Ini (3 GAMBAR)

Thursday, May 9, 2013

TAOTAUAJER - Mungkin ini penghantaran bungkusan yang paling mengarut sekali yang pernah dihantar. Jom kita lihat apakah yang ada di dalam kotak bungkusan di bawah ini...




TAOTAUAJER : Ha..ha..haa.. bangang, barang yang berada di dalam kotak tersebut hanyalah satu memorycard scandisc yang kecil tetapi dengan kotak yang besar! - Koleksi WTF!


DAHSYAT! - Ferrari 430 Scuderia selepas kemalangan pada kelajuan 300 km/h (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ferrari F430 adalah sebuah kereta sport yang telah dikeluarkan oleh pembuat Ferrari Itali pada tahun 2004-2009. Dimana dilengkapi dengan 4.3L V8 enjin dengan kelajuan 480 kuasa kuda, boleh mencecah kelajuan 0-100km/j dalam masa 4 saat dan kelajuan maksimum adalah 315km. Pernahkah korang bayangkan pabila Ferrari 430 Scuderia kemalangan pada kelajuan 300 km/h bagaimanakah kedahsyatan nyer?


Jom kita kemalangan membabitkan kereta berprestasi tinggi ini di Laatzen Jerman sabtu lalu. Pemandu berusia 41 dan isteri beliau berumur 39 terselamat walaupun kemalangan berlaku pada kelajuan 300 kilometer sejam. Tayar kenderaan ini dikatakan meletup ketika pemandu memecut di atas Autobahn.







TAOTAUAJER : Giller lah, kalau kemalangan dengan halaju seratus lebih pon dah teruk inikan pulak dengan halaju 300km/h. Tapi kira hebat la safety kereta ini walaupun kemalangan dengan halaju yang tinggi tetapi masih boleh menyelamatkan pemandu dan penumpang nyer. Nasib baik hidup lagi tapi kereta total lost lah, kereta boleh beli lain nyawa tak boleh di jual beli. - Koleksi Kemalangan Dahsyat


ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger