Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » PELIK! - Koleksi Fenomena Hujan Yang Pelik Dan Unik
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Fenomena alam merupakan perkara yang sangat sering terjadi dan mampu menarik perhatian banyak orang. Kalau kita biasa lihat dan dengar hujan batu jatuh dari langit. Disini tao ingin kongsikan 12 fenomena hujan yang sangat pelik dan unik dan sangat jarang terjadi.


Berikut adalah diantara 12 Fenomena Hujan Yang Pelik Dan Unik di serata dunia :

1. Hujan Labah-labah di Argentina


Pada tarikh 6 April 2007, labah-labah dalam jumlah yang sangat banyak berguguran dari langit wilayah Salta, Argentina. Pada waktu itu, Christian Oneto Gaona dan rakan-rakannya memutuskan untuk bercuti ke wilayah Salta. Mereka mulai mendaki Gunung San Bernardo dan dua jam kemudian, mereka menemui tanah di sekitar mereka diliputi oleh labah-labah dengan pelbagai warna, dengan panjang sekitar 4 inci. Semakin hampir sampai ke puncak gunung semakin banyak labah-labah yang mereka temui. Mereka mencari punca datangnya labah-labah tersebut dan alangkah terkejutnya mereka apabila melihat begitu banyak labah-labah yang berjatuhan dari langit.

2. Lembu Yang Jatuh Dari Langit Di Laut Jepun


Pada tahun 1997 sebuah kapal nelayan Jepun diselamatkan di Laut Jepun. Mereka mendakwa bahawa seekor lembu telah jatuh dari langit dan menimpa perahu mereka sehingga menyebabkannya tenggelam. Para anggota kru kapal itu telah dipenjarakan kerana dianggap mengada-adakan cerita. Sekitar 2 bulan kemudian, Angkatan Udara Rusia memberitahu Pentadbiran Jepun bahawa kru dari salah satu kapal kargonya telah mencuri seekor lembu dan menempatkannya bukan di tempat khususnya di dalam pesawat. Disebabkan itu, lembu itu mengamuk ketika kapal sedang terbang sehingga membuat pesawat menjadi tidak terkawal. Untuk menyelamatkan pesawat dan diri mereka, pada ketinggian sekitar 30.000 kaki, kru tersebut terpaksa menolak lembu tersebut ke bawah sewaktu melintasi laut Jepun. Wow… ternyata lembu tersebut adalah dari pesawat.

3. Hujan darah di Kolombia


Hujan Darah! Pada tahun 2008, hujan berwarna merah yang dipastikan oleh pakar bakteriologi setempat sebagai darah yang menghujani pada sebuah komuniti kecil di La Sierra, Choco. Sebahagian sampel telah diambil dan dianalisis, dan hasilnya menunjukkan bahawa air itu adalah darah. Masyarakat di situ tersebut mengatakan bahawa ini merupakan tanda dari Tuhan bahawa manusia harus menghentikan perbuatan-perbuatan dosa yang mereka lakukan

4. Hujan Star Jelly (Obor-Obor) di Scotland


Hujan obor-obor pada tahun 2009, terjadi di Scotland. Pakar-pakar dan pengkaji yang bergabung dalam National Geographic telah melakukan ujian pada benda tersebut, tetapi mereka tidak menemukan adanya sebarang DNA di dalamnya. Pelbagai teori pun mula muncul tentang asal usul star jelly ini termasuk yang mengatakan bahawa itu merupakan ovarium katak yang dimuntahkan oleh helang kerana tidak dapat dicerna. Tetapi jumlahnya adalah sangat banyak

5. Hujan Cacing yang jatuh dari langit di USA


Hujan Cacing -Salah seorang pegawai polis, Eleanor Beal baru saja hendak melintas jalan untuk pergi bekerja ketika sesuatu telah terjatuh dari langit. Bukan langit yang runtuh, tetapi yang jatuh itu adalah cacing, katanya. Dari mana asalnya masih menjadi misteri, tetapi ada yang yakin bahawa semburan air yang berjarak kurang dari lima batu pada waktu yang sama berdektan Lacassine Bayou mungkin menjadi penyebabnya.

6. Salji berwarna-warni jatuh di Siberia


Salji Berwarna – Warni Di daerah Omsk, 1400 batu ke timur Moskow, salju berwarna orange, kuning, dan hijau jatuh disana pada tahun 2007.


7. Hujan Ikan di Australia


Kejadian ini  berlaku di Lajamanu Australia, ribuan ikan terjatuh dari langit semasa hujan lebat di kawasan itu.Penduduk setempat cukup terkejut akan fenomena ini, bahkan ada yang menyebut itu ikan-ikan yang aneh, beberapa diantaranya masih hidup bahkan setelah jatuh ke tanah atau lopak air.

Pakar cuaca di Australia percaya ikan, spangled perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu. Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: "Ia boleh melayangkan ikan sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara. 
Saksikan Videonya di sini ▬▬► Hujan Ikan Di Honduras, Australia [VIDEO]


8. Hujan Berudu di Ishikawa, Jepun



Hujan Berudu Pada bulan Jun 2009, menjelang musim hujan, daerah Ishikawa Jepun mengalami titisan hujan berudu dari langit dengan jumlah yang sangat banyak. Yang menghairankan adalah di kawasan ini tidak berlaku angin puting beliung atau angin kencang yang dapat mengangkat ikan dan hidupan di air yang lain ke darat. Cuaca juga bagus. Seorang lelaki, 55-tahun di kota Nano ditimpa hujan berudu yang menutupi luas kawasan sehingga radius 10 meter.

9. Hujan Burung Jalak di Britain


Hujan Burung Jalak Di kampung Somerset, Coxley, dekat Wells, ratusan burung jalak berjatuhan dari langit tepat-tepat di kebun Julie Knight pada Mac 2010.


10. Hujan daging segar di USA


Hujan Daging Segar Pada tanggal 9 Mac 1876, serpihan-serpihan daging jatuh dekat rumah Allen Coruch, yang tinggal di Olympian Springs. Daging-daging ini jatuh sehingga menutupi tanah seluas 100 x 50 yard. Langit dalam keadaan cerah pada waktu itu, dan Allen mengatakan daging-daging ini terjatuh seperti kepingan salji. Dua lelaki yang merasa daging itu mengatakan bahawa daging itu bukan daging kijang ataupun daging rusa.

11. Hujan Apple di Britain


Lebih dari 100 apple secara misterius jatuh menghujani sebuah kota kecil, Conventry di West Midlands Inggris. Hujan apple itu mengenai apapun yang ada di darat. Peristiwa yang masih tidak dapat dijelaskan ini, segera menyebar ke masyarakat luas. Warga pun menghubungkan kejadian aneh ini seperti Hujan Katak. Namun belum ade yang dapat memberikan penjelasan lebih lanjut bila dan bagaimana hujan apple boleh terjadi. Saksikan videonya di sini ▬▬►PELIK! - Hujan Apel Hebohkan Warga British [Video]

12. Hujan Kerang di Russia


Kejadian yang berlaku di Russia pada tahun 2012,dimana pantai dihujani dengan makanan laut. Penduduk menegaskan bahawa fenomena ini adalah satu kejadian pelik, bukan hanya kerana terlalu banyak.

TAOTAUAJER : Macam-macam kan perkara pelik yang jatuh dari langit, kadang-kadang tu sehinggakan tidak tercapai akal kita untuk memikirkan bagaimana ianya berlaku. Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post