Breaking

Monday, November 7, 2016

TAUTAK? - Ini Sebab Kenapa Kita Dilarang Menghina Makanan Yang Tak Sedap

TAOTAUAJER - Benda yang nak diberitahu ni mungkin nampak remeh pada sesetengah orang (yang sehari boleh dapat makan nasi tiga kali), tapi harus disampaikan juga.


Biasa komplen makanan yang halal dimakan?

Never. Ever.

Walaupun tak sedap. Walaupun rupa pelik.

Sebab apa?

Sebab makanan yang kau kata tak sedap itu, adalah rezeki. Adalah pengisi perut / periuk nasi kepada orang lain. Ia bukan haram. Ia cuma tak sedap bagi tekak kau.

Siapa belum pernah dengar hadith ini, mari aku beritahu.

Ada satu perbuatan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang dipanggil taqrir. Taqrir ni bermaksud, apabila ada sahabat yang buat sesuatu, Nabi nampak tapi tak tegur, tak larang, tak halang, tak hina, tak salahkan, dan Nabi tunjuk yang beliau okey. Walaupun beliau sendiri tak buat ataupun tak suka.

Ini salah satu kisah berkaitan.

Sahabat Nabi Muhammad bernama Khalid al-Walid, pada suatu hari beliau nak makan daging dhab yakni biawak padang pasir. Dhab panggang itu dihidangkan oleh Hufaidah Binti al-Harith, ibu saudara seorang lagi sahabat Nabi iaitu Ibnu Abbas.

Mula-mula, daging tu dihulurkan juga kepada Nabi. Nabi nak ambil, tetapi ada seorang lagi tetamu perempuan cakap, “Beritahulah Nabi, itu daging apa.”

Yang lain menjawab, “Itu daging dhab, wahai Rasulullah.”

Nabi tak jadi ambil.

Khalid al-Walid pun bertanya, “Mengapa kau tak ambil daging itu, wahai Rasulullah? Adakah ia haram dimakan?”

Nabi jawab, “Tak haram, tapi ia tak ada di tempat kaum aku lalu aku berasa geli.”

Khalid al-Walid pun makan daging dhab itu dan Nabi pun tak melarang.

(Rujukan: Hadith Muslim no. 3603)



Satu lagi hadith berkaitan,

Ibnu Umar memberitahu, Nabi Muhammad pernah ditanya mengenai dhab. Beliau menjawab, “Aku tidak memakannya tetapi aku tidak mengharamkannya.” – Hadith no. 3598.

Daging dhab, Nabi hanya kata beliau geli nak makan sebab tak biasa. Tapi Nabi langsung tak hina, tak cerca, tak komplen. Sebab, ia halal. Ia rezeki untuk orang lain.

Aku pernah makan semeja dengan orang yang makan tom yam tawar, tapi dia punya komplen macam ada tahi cicak dalam mangkuk tu. Rasa nak lempang.

Makanan tak sedap, tak kena selera. Tinggalkan saja. Diam. Nabi deal dengan dhab – dhab tau, biawak! Rileks saja beliau tolak. Ini setakat kurang rasa, kurang perisa, nak bising-bising.

Ingat, sedap tak sedap itu subjektif. Terutama apabila kita berada di luar tempat kaum kita sendiri. Tak ada nasi. Tak ada cili padi. Tak ada lauk sedap. Repeat. Tak ada lauk sedap pada tekak kau.

Satu perkara yang kau perlu tahu – yang mungkin kau belum pernah tengok dengan mata kepala sendiri. Makanan yang kau komplen tak sedap tu, kalau kepada anak-anak Somalia, Syria… ah, tak payah jauh sangatlah. Anak-anak Rohingya yang baru turun kapal, macam mana berebutnya mereka nak menyuap makanan itu ke dalam mulut masing-masing. Walaupun bersalut pasir.

 TAOTAUAJER : Malulah. Kita jauh daripada level Nabi, tapi kemain diva nak komplen-komplen makan. Kebab tak sedap. Spageti tak sedap. Makan baguette kosong hari-hari. Ada itu pun dah cukup bagus. Kalau tiba-tiba Allah kata Dia tak nak dah turunkan rezeki makanan untuk kita, amacam?


Adbox