Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » MENGEMPARKAN! - Apabila Kilang Bihun Kotor Guna Gambar ‘Masjid’ (10 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Tersebar di laman sosial dan internet, beberapa keping gambar pekerja warga asing tidak berbaju sedang memproses bahan makanan dipercayai bihun yang dikeluarkan dengan cap gambar sebuah masjid. Kalau sekali imbas pada rentetan gambar-gambar berkenaan memang menjijikkan dan menggelikan cara mereka memproses bihun berkenaan.


Kilang yang disebut dikatakan berada di ibu negara itu dilihat hanya beroperasi pada skala kecil tanpa melibatkan pekerja yang banyak. Dek kerana kekotoran yang dipaparkan, sudah tentu status halalnya diragui.

Pada bungkusan bihun berkenaan, dipaparkan gambar seperti masjid dengan kata-kata “Cuba Sekali, Mencuba Selalu” dan juga tanda halal yang bukan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaliknya dikeluarkan syarikat itu sendiri.

Tindakan berkenaan boleh dipersoalkan kerana kilang itu cuba menarik perhatian pengguna Melayu beragama Islam dengan penggunaan gambar masjid dan logo halal berkenaan. Tanda halal pada bungkusan bihun berkenaan bukan dikeluarkan oleh JAKIM seperti didakwa di blog dan internet sebelum ini.

Dalam gambar-gambar yang tersebar, dapat dilihat beberapa jenis perkakas yang digunakan untuk menghasilkan bihun berkenaan bagaimanapun kelihatan kotor.



Kemungkinan pihak JAKIM boleh meninjau-ninjau ke kilang berkenaan untuk melihat tindakan pihak pengeluar bihun untuk cuba mengelirukan pengguna dalam usaha memaksimakan keuntungan dalam perniagaan mereka.

Dengan pekerjanya yang tidak berpakaian,. Tempat kerja yang tidak bersih. Jelas sekali menunjukkan bahawa Mee Hoon ini tidak layak mengguna 'gambar masjid' untuk produknya apatah lagi mendapat sijil halal?!

Langsung tiada ciri-ciri kebersihan dan penjagaan kualiti produk. Tidakkah anda terfikir, makanan kotor seperti ini boleh memudaratkan kesihatan anda?

Disini terdapat Jawapan balas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap isu ini.



TAOTAUAJER : Bahaya betul sekarang nie, kalau sebelum ni isu cadbury dengan babinya, ini pulak dengan isu kebersihan produk makanan. Adakah anda pasti makanan packaging yang anda beli di rumah itu adalah 100% bersih? pasti ragu-ragu bukan. Soal halal di abaikan, kebersihan dan pekerja yang tidak beretika, meniaga mahu untung lebih. APTB!


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post