Breaking

Tuesday, August 30, 2016

AWAS! - Anda Suka Kunyah Ais ? Ini Petanda mungkin menghidap penyakit ini...

TAOTAUAJER - Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais. Sepertinya ia sudah menjadi tabiat apabila minum air yang berais, pasti ais akan dikunyah sampai habis. Bahaya tak kunyah ais? Dan apa yang menyebabkan seseorang suka kunyah ais?



Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepada anemia.



Apa itu anemia? 

Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin didalam darah. Hemoglobin (Hb) adalah suatu senyawa protein pembawa oksigen didalam sel darah merah. Sel darah merah di produksi di sumsum tulang.

Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia

Pagophagia is a form of the disorder pica involving the compulsive consumption of ice or iced drinks. It has been associated with iron deficiency anemia, and shown to respond to iron supplementation, leading some investigators to postulate that some forms of pica may be the result of nutritional deficiency.

‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian. 


Adbox