TAUTAK! - Rokok Kretek Seperti GUDANG GARAM Adalah Tidak Sah? -

INFO! - Ketahui Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Syaaban

Tuesday, June 10, 2014

TAOTAUAJER - BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.


Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.

Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: 

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur’an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang ke arah kecemerlangan hidup.


TAOTAUAJER : Buat pengatahuan pembaca semua , Nisfu Sya'ban pada tahun ini jatuh pada tanggal 12 june iaitu bersamaan pada hari khamis malam juma'at ini.

BIAR BETUL! - Dahulu Bulan Bersinar Seperti Matahari

Tuesday, April 29, 2014

TAOTAUAJER - Apakah benar sewaktu dulu kala bulan adalah seindah terangnya mentari di siang hari? Cerita ini diceritakan dari kisah Ibnu Abbas Ra sewaktu dahulu akan hilangnya sinaran bulan seakan matahari.


 Allah swt berfirman;
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang." (Surah Al Isra: 12)

Sejak empat belas abad yang lalu, para sahabat telah membuat kesimpulan bahawa bulan dahulu memancarkan cahaya, tetapi kemudian Allah SWT menghilangkan sinarnya.

Dalam tafsiran mereka terhadap firman Allah swt di atas, Imam Ibnu Katsir berkata: Ibnu Abbas Ra menyatakan,
 "Dahulu bulan bersinar seperti matahari, dan ia menjadi tanda malam, namun Allah kemudian memadamnya, dan warna hitam yang ada pada bulan sekarang ini adalah bekas penghapusan tersebut. "(Sumber Al Alusi, Ruh Al Ma'ani 26/15)

Ayat ini mengisyaratkan sebuah fakta saintifik yang baru muncul dan mengemuka pada abad 20, bahawa bulan dahulunya adalah bintang yang menyala, kemudian Allah memadamkan cahayanya. Petunjuk Al Quran mengenai hal tersebut sebagaimana tafsiran Abdullah bin Abbas Ra sangat jelas. Kesimpulan yang diambil oleh sahabat mulia dari Al Quran 14 abad yang lalu, maka apa gerangan yang dikatakan para astronomi moden mengenai masalah ini?

Akhirnya ilmu astronomi mendapati bahawa bulan dahulu menyala kemudian padam cahayanya. Teknologi teleskop dan satelit generasi pertama telah berjaya menunjukkan foto foto detail bulan, dan tampak jelas di sana kawah kawah gunung berapi, dataran tinggi.

Namun para astronomi pada masa itu belum boleh memastikan tipologi bulan ini hingga angkasawan Neil Amstrong menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969. Kemudian dengan peralatan teropong bintang yang tepat dan kajian geologi atas yang analisis lapisan tanahnya, para astronomi, sebagaimana kehairanan rasmi NASA, baru boleh mengatakan bahawa bulan muncul sejak 4,6 bilion tahun lalu dan semasa proses pembentukkannya, ia mengalami pelbagai hentaman dasyat dengan meteor meteor dan asteroid. Akibat pengaruh panas yang sangat tinggi, maka lapisan lapisannya pun mengalami proses pencairan yang ekstrem, sehingga menyebabkan pembentukan palung palung yang disebut "Maria", juga membentuk puncak puncak gunung dan kawah yang disebut "Craters". Kawah kawah ini selanjutnya melontarkan lahar lahar gunung berapi dalam jumlah yang besar, sehingga memenuhi seluruh palung palungnya. Pada tahap berikutnya, bulan membeku. Letusan volkano berhenti dan laharnya padam. Dan sejak itulah, cahaya bulan menjadi padam setelah sebelumnya menyala.

Jika kembali ke ayat ayat Al Quran, kita boleh memberikan catatan tersendiri pada penggunaan kata "famahaw naa (Kami hapuskan). Menurut ahli bahasa, mahwu bererti menghapuskan dan menghilangkan. Dalam konteks ayat ini, Allah swt bererti menghilangkan dan menghapuskan sinar bulan, bukan menghilangkan planet bulan. Jadi bulan masih tetap ada. Selain itu Allah juga lebih lanjut berfirman: "dan Kami jadikan tanda siang itu terang". Disini Allah gunakan perkataan "terang" sebagai pembanding untuk menunjukkan bahawa yang dijadikan perbandingan adalah cahaya tanda malam (bulan) dan cahaya tanda siang (matahari), lalu yang pertama padam, sementara yang kedua tetap terang dan masih boleh kita lihat.

INDAH! - Panorama Menarik Fenomena Gerhana Bulan Berdarah Dari Serata Dunia (10 GAMBAR)

Monday, April 21, 2014

TAOTAUAJER - Pada pertengahan bulan yang lalu, kita telah di sapa dengan satu fenomena yang aneh iaitu ' Bulan Berdarah' dan sehinggakan ada yang mengatakan ia salah satunya fenomena petanda kiamat.


Fenomena gerhana bulan merah atau "Blood Moon" yang menarik ini terjadi kerana ia berlangsung dalam masa yang sama semasa planet bumi berputar pada posisi yang paling hampir dengan planet Marikh.

Ianya bukan petanda kiamat tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015.

Bagi yang terlepas menyaksikan Fenomena indah ini sama-sama kita saksikan gambar indah fenomena ini diambil dari seluruh dunia yang berlaku pada lewat Isnin dan awal selasa yang berlangsung selama 3 jam 50 minit.


TAOTAUAJER : Subhanallah, sungguh indah sekali. Keindahan yang jarang-jarang berlaku akan datang fenomena ini akan dijangkakan muncul kembali pada 8 Oktober 2014, save the date dan sama-sama kita saksikannya sekali lagi sekiranya berkesempatan Insyaallah. Selain daripada Fenomena bulan berdarah kita juga pernah di saksikan dengan fenomena blue moon yang hanya berlaku 3 tahun sekali jer...


WOW! - SUPERMOON, Fenomena Bulan Hampiri Bumi Malam Ini (5 GAMBAR)

Sunday, June 23, 2013

TAOTAUAJER - Malam ini kita bakal menyaksikan fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi yang dikenali sebagai fenomena Preigee atau Supermoon.


Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.

“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.

“Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.

Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah.

Tambah kenyataan itu, jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km.


Ini antara gambar yang berjaya di rakamkan di tempat lain...
#supermoon rising over Melbourne


Place at Sapporo city miyanomori


Malam ini 15 Syaaban, serentak malam Nisfu Syaaban akan berlaku fenomena "Supermoon" di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi.


TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang malam ini adalah 15 Syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena "Supermoon" ini, kalau korang perasan pada post Nisfu Syaaban yang lalu iaitu pada tahun 2011 juga berlaku fenomena yang jarang berlaku iaitu Fenomena Istiwa Matahari.

Boleh lah korang pergi tengok bulan malam nie, tapi bagi tempat yang berjerbu tu tao sarankan pakai la mask yer. Dan bagi kawasan yang berjerebu tu mungkin bulan akan kelihatan berwarna oren atau kemerah-merahan.. korang boleh la kongsikan gambar bersama di Page FB.me/TAOTAUAJER

INFO! - Gambar Neil Armstrong dikebumikan di Ohio di bawah Blue Moon (10 GAMBAR)

Sunday, September 2, 2012

TAOTAUAJER - LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio, 31 ogos yang juga sempena Fenomena "Blue Moon". Keluarga Neil Armstrong mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu akan dikebumikan di dasar lautan. Saksikan lagi gambar-gambar pengebumian di bawah ini....

Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung. - Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls


Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.







Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."

Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama.

Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama. -SH


INDAH! - Gambar-gambar Blue Moon yang berjaya di rakamkan dari pelusuk negara (10 GAMBAR)

Saturday, September 1, 2012

TAOTAUAJER - Gambar-gambar Blue Moon yang berjaya di rakamkan dari pelusuk negara, mungkin ade yang tau dan ada yang tak tahu malam tadi adalah fenomena yang hanya berlaku lebih kurang 3 tahun sekali iaitu "Blue Moon".


Seperti post tao yang sebelum nie tao ade terangkan bagaimana Fenomena "Blue Moon" ini berlaku. Fenomena unik 31 Ogos yang di sebut 'Blue Moon' 3 tahun sekali.

Saksikan gambar-gambar yang berjaya di rakamkan dari pelusuk negara..

GEMPAR! - Fenomena Unik Langit Akan Dihiasi Bulan Biru malam 31 Ogos (3 GAMBAR)

Thursday, August 30, 2012

TAOTAUAJER - Pada tarikh 31 ogos esok nanti sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 malam tersebut kita akan di sambut dengan fenomena yang unik di bumi ini.


Dimana Langit akan di hiasi dengan kedatangan bulan biru atau dalam istilah asingnya di kenali sebagai blue moon.

Apa sebenarnya blue moon tu? Jom kita ketahuinya

PEMBONGKARAN - Betul ker Neil Armstrong Mendengar Azan di Bulan & Masuk Islam?

Sunday, August 26, 2012

TAOTAUAJER - SATU dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969. Kini Neil Armstrong menjadi sejarah dunia apabila meninggal pada hari ini pada usia 82 tahun. 


Pasti korang pernah dengan akan konspirasi akan sebenarnya deorang tak mendarat pon kat bulan tu. Tao pon ade membaca artikel dan juga saksikan pembongkaran tersebut di Youtube.

Pasti korang penah dengar tentang Neil Armstrong angkasawan pertama dunia menjejakkan kaki di bulan telah mendengar satu suara ketika berada di bulan. Bernarkah?

Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!


Apabila Neil Armstrong mendarat ke bumi, dia masih mencari-cari apakah suara tersebut sehinggalah dia terdengar suara azan dan mengatakan itulah suara yang dia dengar ketika di bulan. Lantas Neil Armstron pun memeluk islam.

Kebenaran cerita tersebut dibongkarkan dari mulut Neil Armstrong sendiri yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang artikelnya di keluarkan oleh TheStar.

KUALA LUMPUR: Man’s landing on the moon is no hoax, said Neil Armstrong, the first person there. 
Denying such claims, he said that the world loved a conspiracy theory. The moon mission was a very difficult, big and expensive project, said the commander of Apollo 11 who touched down on the moon on July 20, 1969.
MY HERO: Zaid greeting Armstrong at the KLCC in Kuala Lumpur Tuesday. 
Armstrong is here for the two-day Global Leadership Forum.

“The only thing that might be more difficult than the Apollo programme was trying to fake it,” he said during a question-and-answer session at the Global Leadership Forum here yesterday.
Asked by Malaysian astronaut candidate Zaid Zahari, 32, which he considered to be his greatest achievement – landing on the moon or getting back to Earth safely – Armstrong said it was a “superior moment” when he set foot on the moon. 
This was because he believed the Apollo 11 had only a 50% chance of a successful landing in its first attempt. 
The final approach, he said, was a very difficult part of the flight and no computer software had demonstrated this flight before. 
“When we touched down on the surface, recognising that that was the goal of one-third of a million people working for nearly a decade, and all that people sharing in the satisfaction of reaching that goal, was a superior moment.” 
Armstrong said he was “elated, ecstatic and extremely surprised that we were successful.”
Armstrong, 75, also denied he had heard the Muslim call to prayer on the moon and had converted to Islam.      
SUMBER : The Star

Dalam satu temu bual pada tahun 2009, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

TAOTAUAJER : Konspirasi pendaratan Neil Armstrong di bulan masih lagi menjadi tanda tanya tak tau mana yang betul sama ada ia fakta mahupun ianya konspirasi atau sekadar khabar angin yang ingin menjatuhkan sesuatu pihak. - Koleksi PEMBONGKARAN

GEMPAR! - Angkasawan Pertama ke Bulan Neil Armstrong meninggal dunia

TAOTAUAJER - Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

WOW! - Indah Gambar-gambar suasana Gerhana Matahari Anulus dirakamkan (12 GAMBAR)

Monday, May 21, 2012

TAOTAUAJER - Berjuta-juta orang menumpukan mata mereka ke langit di kedua-dua belah Pasifik menatap teruja dimana gerhana separa menutupi matahari pada waktu subuh di Asia dan pada waktu senja di barat Amerika Syarikat. Mei 20 (21), 2012. Fenomena ini dikenali sebagai Gerhana Matahari Anulus...nak tau baca post tao yang lepas [SINI]


Satu gerhana matahari anulus dilihat dari Tokyo, Jepun, pada 21 Mei. Berjuta-juta menumpukan mata mereka ke langit menatap teruja gerhana matahari telah mencipta "cincin api" pada waktu subuh di Asia. (AFP Photo / Kazuhiro Nogi)

 Lihat lagi gambar-gambar  Gerhana Matahari Anulus di bawah ini...

WOW! - Kejadian Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012 (4 GAMBAR)

Sunday, May 20, 2012

TAOTAUAJER - Fenomena Gerhana Matahari Cincin akan berlaku hari ini pada 20 Mei 2012 bersamaan dengan hari ahad. Gerhana Matahari Anulus (Cincin) tersebut dapat dilihat dengan jelas di Sabah dan Sarawak.


Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Nak tau lagi info pasal kejadian Gerhana Matahari Anulus nie? Jom baca lagi di bawah ini...

WOW! - Fenomena Extreme Super Moon kembali 6 Mei nanti

Thursday, April 26, 2012

TAOTAUAJER - Super Moon kembali lagi, tapi kali ini dikatakan sangat rare @ jarang -jarang kerana kali ini di katakan akan berlakunya Extreme Super Moon.  Bagi yang tak tau ape tu super moon adalah fenomena dimana bulan berada paling dekat dengan bumi dalam oribitnya mengelilingi bumi. Nak tau lebih lanjut tentang SUPERMOON [SINI]


Pada 6 Mei, 2012 kita akan mempunyai lunar perigee terdekat tahun ini bertepatan dengan bulan yang penuh, yang dikenali sebagai Bulan Super Extreme.

Ikuti penjelasan lanjut di bawah ini tentang Fenomena Extreme Super Moon kali ini ...


Wow! - Video revolusi BULAN

Saturday, March 17, 2012

TAOTAUAJER - Bulan adalah salah satu satelit semula jadi bumi, dimana mengelilingi bumi dan megikuti bumi bergerak mengikut paksinya mengelilingi matahari.


WASHINGTON, - Memperingati 1000 hari misi Lunar Reconaissance Orbiter (LRO) sejak pelancaran pada 18 Jun 2009 lalu, NASA melancarkan video yang menunjukkan proses evolusi Bulan.

Saksikan video di bawah ini...

GEMPAR! - Jepun mahu bina lif ke angkasa 2050 (5 Gambar)

Thursday, February 23, 2012

TAOTAUAJER - Jepun memang suka mengeluarkan idea-idea pelik yang berinovasi tinggi eh, dimana merancang untuk membina sebuah lif ke angkasa. Sebelum ini juga Jepun telah merancang untuk membina Restoran Pizza Domino's di Bulan


TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

GAMBAR! - Indah Gerhana Bulan 10 Desember 2011 Dari Seluruh Dunia

Tuesday, December 13, 2011

TAOTAUAJER - Sememang nyer bulan tu indah, dan ramai yang menantikan sepertimana permandangan ketika gerhana bulan. Tak semua orang dapat menyaksikannya, berikutan ada tempat yang terlndung dan tidak dapat dilihat atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan.

Disini tao nak sharekan gambar Gerhana bulan yang indah dari pelbagai negara buat tatapan anda semua.

Gerhana Bulan Total

Pemandangan gerhana bulan di kota Masaki Jepun

ARTIKEL MENARIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik 2 kali untuk TUTUP
 
Support : | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger