Breaking

Sunday, September 2, 2012

INFO! - Gambar Neil Armstrong dikebumikan di Ohio di bawah Blue Moon (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio, 31 ogos yang juga sempena Fenomena "Blue Moon". Keluarga Neil Armstrong mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu akan dikebumikan di dasar lautan. Saksikan lagi gambar-gambar pengebumian di bawah ini....

Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung. - Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls


Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.







Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."

Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama.

Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama. -SH


Adbox