Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , » Gambar - Kemalangan Bas Pelancong India Di Genting ( 6 Gambar )

Gambar - Kemalangan Bas Pelancong India Di Genting ( 6 Gambar )

Written By taoslayerz on Monday, March 5, 2012 | 1:53 PM

TAOTAUAJER - KEMALANGAN bas persiaran terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi. 24 pelancong warga India mengalami kecederaan dan dua mangsa maut di tempat kejadian.


5 Mac 2012 - Seramai 48 Anggota Bomba hadir ke Operasi Kemalangan Jalan Raya di KM4.5 Genting ke Kuala Lumpur melibatkan sebuah bas yang membawa penumpang seramai 23 orang.

Satu daripada penumpang tersebut disahkan meninggal dunia wanita berbangsa India. Menurut Komander Operasi PKPgB Raganathan A/L Varatharajoo berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Genting menerima panggilan pada jam 8.10 pagi tadi dan tamat operasi pada jam 10.17 pagi tadi.

Balai Bomba yang terlibat dalam operasi ini ialah Genting, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Bentong, Gombak Selatan, Wangsa Maju, Menara Kota dan Hang Tuah.

Berita harian mengatakan 2 maut manakala pihak bomba mengatakan 1 maut pulak.

Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dan bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata semua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota membabitkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa.



SUMBER | Berita Harian, Bomba, Gambar
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger