TAOTAUAJER - Pada pertengahan bulan yang lalu, kita telah di sapa dengan satu fenomena yang aneh iaitu ' Bulan Berdarah' dan sehinggakan ada yang mengatakan ia salah satunya fenomena petanda kiamat.
Fenomena gerhana bulan merah atau "Blood Moon" yang menarik ini terjadi kerana ia berlangsung dalam masa yang sama semasa planet bumi berputar pada posisi yang paling hampir dengan planet Marikh.
Ianya bukan petanda kiamat tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.
Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015.
Bagi yang terlepas menyaksikan Fenomena indah ini sama-sama kita saksikan gambar indah fenomena ini diambil dari seluruh dunia yang berlaku pada lewat Isnin dan awal selasa yang berlangsung selama 3 jam 50 minit.
TAOTAUAJER : Subhanallah, sungguh indah sekali. Keindahan yang jarang-jarang berlaku akan datang fenomena ini akan dijangkakan muncul kembali pada 8 Oktober 2014, save the date dan sama-sama kita saksikannya sekali lagi sekiranya berkesempatan Insyaallah. Selain daripada Fenomena bulan berdarah kita juga pernah di saksikan dengan fenomena blue moon yang hanya berlaku 3 tahun sekali jer...