Breaking

Sunday, June 23, 2013

WOW! - SUPERMOON, Fenomena Bulan Hampiri Bumi Malam Ini (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Malam ini kita bakal menyaksikan fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi yang dikenali sebagai fenomena Preigee atau Supermoon.


Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.

“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.

“Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.

Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah.

Tambah kenyataan itu, jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km.


Ini antara gambar yang berjaya di rakamkan di tempat lain...
#supermoon rising over Melbourne


Place at Sapporo city miyanomori


Malam ini 15 Syaaban, serentak malam Nisfu Syaaban akan berlaku fenomena "Supermoon" di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi.


TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang malam ini adalah 15 Syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena "Supermoon" ini, kalau korang perasan pada post Nisfu Syaaban yang lalu iaitu pada tahun 2011 juga berlaku fenomena yang jarang berlaku iaitu Fenomena Istiwa Matahari.

Boleh lah korang pergi tengok bulan malam nie, tapi bagi tempat yang berjerbu tu tao sarankan pakai la mask yer. Dan bagi kawasan yang berjerebu tu mungkin bulan akan kelihatan berwarna oren atau kemerah-merahan.. korang boleh la kongsikan gambar bersama di Page FB.me/TAOTAUAJER

Adbox