Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » » GEMPAR! - Makanan Dalam Tin Dari Thailand Tercemar HIV? Jangan Panik !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Antara berita yang menggemparkan penduduk Malaysia apabila mengundang kegusaran rakyat negeri ini selepas menerima ‘pesanan kecemasan’ yang disebarkan menerusi SMS yang mengingatkan pengguna agar berwaspada dan tidak mengambil makanan dalam tin yang dikilangkan dari Thailand kerana dicemari Human Immunodeficiency Virus (HIV). Benarkah?


SMS itu mendakwa kira-kira 200 pembawa virus HIV di Thailand telah diarahkan oleh ketua mereka untuk mencemarkan makanan dalam tin menggunakan darah mereka.

Malah, khabar angin itu dikuatkan lagi dengan pengesahan yang dibuat oleh Kerajaan Thailand.
SMS itu juga menyatakan bahawa beberapa orang telah dijangkiti selepas mengambil makanan dalam tin seperti longan, laici, rambutan dan mangga yang telah dialihkan dari pasar raya.

Jabatan Kesihatan Negeri menasihati rakyat Sarawak agar tidak panik dengan khabar angin tentang ma-kanan dalam tin yang dikilangkan dari Thailand tercemar.

Pengarahnya Datu Dr Zulkifli Jantan mengesahkan setakat ini pihaknya belum lagi menerima maklumat atau arahan berwaspada daripada Kementerian Kesihatan mengenai perkara itu.

“Disebabkan perkara ini, pengguna menjadi panik selepas mendengar khabar angin ini. “Sekiranya tidak ada apa-apa (selepas mendapatkan kesahihan) kami akan memaklumkan kepada orang ramai dengan segera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pihaknya telah menerima arahan daripada kementerian untuk mengharamkan pro-duk makanan dalam tin dari Thailand.


Mungkin ramai yang tak tahu dimana , kejadian penyebaran info berkaitan dengan makanan yang tercemar dengan HIV ini dikatakan berlaku pada tahun-tahun yang lepas iaitu pada tahun 2014, 2010, 2011 dan kali ini pulak pada tahun 2014.

Kalau korang nak tau ,
HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani adalah dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV yang berlaku daripada makan makanan.

Ini pula laporan dari CDC, iaitu Center for Disease Control and Prevention
Dimana,Tiada insiden makanan yang tercemar dengan darah atau air mani yang dijangkiti HIV telah dilaporkan ke CDC. Tambahan pula, CDC tidak menerima sebarang laporan jangkitan HIV akibat daripada memakan makanan, termasuk bahan perasa.

Korang jugak boleh ushar kat urbanlegends.about.com tentang kes-kes palsu seperti ini yang di keluarkan pada tahun-tahun yang lepas.

TAOTAUAJER : Di situ menyatakan penyebaran ini adalah sama sekali paslu dan tidak benar, Mungkin ada agenda yang ingin mencetuskan huru-hara di Malaysia. Sama-sama kita sebarkan artikel ini supaya tidak mendatangkan kegusaran dan panik. - Koleksi HOAX



.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post