Breaking

Tuesday, December 6, 2011

GEMPAR! - Pepsi, Coca Cola, Tropicana Twister Tercemar Dgn Darah HIV

TAOTAUAJER - Biar betul ! Pepsi, Coca Cola, Tropicana Twister Tercemar Dgn Darah HIV? tao dikejutkan oleh mesej pesanan ringkas SMS dari ibunda. Iye ker betul? Ok kat sini tao akan memperjelaskan keadaan yang sebenar.

Di bawah ni tao terangkan keadaan sebenar dan ini adalah mesej pesanan ringkas SMS yang tao dapat.

Dalam beberapa hari akan datang ni, tolong jgn minum apa2 produk dr syarikat pepsi spt tropicana, slice,7up, coca-cola dll... dimana seorang pekerja dr syarikat ini telah mencampurkan darah nyer yang mengandungi kuman hiv, untuk rujukan ada disiarkan dlm NTV7 ..... sila sebarkan...
Kalau korang nak tau sebelum dan sebelum ini juga pernah berlaku kejadian seperti ini penyebaran melalui mesej pesanan ringkas SMS dan juge di laman sosial.

Benda camni sama macam kes penyebaran email tentang kicap yang mengandungi virus HIV pada tahun 2004 dan juga kes sos tomato yang mengandungi virus HIV pada tahun 2010.

Okay..disini tao nak bagi tau, sekiranya terjadi juga darah yang mengandungi HIV tersebut ke dalam minuman korang tak perlu gusar.

Kalau korang nak tau ,

HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani adalah dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV yang berlaku daripada makan makanan.

ini pula laporan dari CDC, iaitu Center for Disease Control and Prevention
Dimana,Tiada insiden makanan yang tercemar dengan darah atau air mani yang dijangkiti HIV telah dilaporkan ke CDC. Tambahan pula, CDC tidak menerima sebarang laporan jangkitan HIV akibat daripada memakan makanan, termasuk bahan perasa.
Korang jugak boleh ushar kat urbanlegends.about.com tentang kes-kes palsu seperti ini yang di keluarkan pada tahun-tahun yang lepas.

Di situ menyatakan penyebaran ini adalah samasekali paslu dan tidak benar, Mungkin ada agenda yang ingin menjatuhkan keuntungan syarikat tersebut.

Di sebabkan tao hati-hatilah dengan sebarang penyebaran SMS dan tao tak mudah percaya tu tao buat kajian nih dan tao share kan kat korang...

TAOTAUAJER : semoga korang yang membaca nih share kan pada kengkawan yang lain yang tak tau tuh... benda nie biasanya tersebar melalui Wassap..


Adbox