Breaking

Wednesday, January 15, 2014

SUBHANALLAH! - Inilah 5 Peristiwa Ajaib yang Mengiringi Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

TAOTAUAJER - Salamualaikum dan Salam maulidurrasul kepada semua umat islam.. sempena maulidur rasul pada 14 Januari 2014 baru-baru ini.. dikesempatan ini tao nak kongsikan kepada korang semua info akan 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


Kelahiran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan anugerah besar. Ini kerana pada 40 tahun kemudian, beliau telah diutus menjadi Rasulullah yang bukan hanya menyelamatkan Jazirah Arab dari kejahiliyahan, tetapi juga menerangi seluruh dunia dengan Dinul Islam.

Tanda-tanda bahawa beliau adalah pilihan Allah telah nampak sejak beliau dilahirkan. Dimana, ada 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Nabi ini:

1. Penghancuran Pasukan Gajah



Tahun kelahiran Rasulullah dikenal sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari sebelum beliau dilahirkan berlakunya persitiwa ajaib. Dimana Ka’bah diselamatkan Allah dari serbuan pasukan gajah.

Adalah Abrahah Ash Shabbah Al Habsi, Raja Yaman, mendirikan gereja sangat besar di Shan’a. Ia berharap orang-orang Arab yang biasa berhaji ke Makkah akan mengalihkan perhatiannya ke sana. Nyatanya, gereja itu tidak mengusik daya tarik ka’bah.

Abrahah semakin marah ketika ada seseorang dari Bani Kinanah yang melumuri pusat kiblat gereja dengan kotoran. Ia pun kemudian menghimpun enam puluh ribu pasukan. Sebagai kenderaan, ia memilih gajah yang paling besar. Pun sebagian pasukannya menaiki gajah sehingga dikenal sebagai pasukan gajah.

Setibanya di Wadi Muhasshir, antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajahnya menderum. Tak mau bangkit mendekati arah Ka’bah. Jika diarahkan ke arah lain, gajah itu mahu berjalan. Tetapi jika dicuba kembali diarahkan ke Ka’bah, gajah itu menderum lagi. 


Dalam keadaan demikian, Allah mengirimkan burung-burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas menghancurkan mereka. Maka, selamatlah ka’bah. Dan tahun itu pun disebut sebagai tahun gajah.

2.  Keluarnya Cahaya saat Rasulullah Dilahirkan


Seluruh ulama sepakat bahawa Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awal tahun Gajah. Namun mengenai tarikh tersebut terdapat perselisihan pendapat. Majoriti ulama berpendapat pada tarikh 12 Rabi’ul Awal. Sedangkan sebahagian lagi ulama termasuk Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury berpendapat bahawa 9 Rabi’ul Awal adalah tarikh sebenar Rasulullah dilahirkan.

Pada hari kelahiran Rasulullah terjadi sejumlah peristiwa ajaib. Diantaranya adalah keluarnya cahaya dari jalan kelahiran Rasulullah hingga menyinari istana-istana di Syam.

“Setelah bayiku keluar, aku melihat ada cahaya yang keluar dari rahimku, menyinari istana-istana di Syam,” kata ibunda Rasulullah, Aminah, seperti diriwayatkan Ibnu Sa’d dan dinukil Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury.
Menurut penulis Sirah Nabawiyah Rahiqul Makhtum ini, Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Al Arbadh bin Sariyah yang isinya serupa dengan perkataan tersebut.

3. Runtuhnya 10 Balkon Istana Kisra

4. Padamnya Api yang Biasa Disembah Orang-orang Majusi

5. Runtuhnya beberapa Gereja di Sekitar Buhairah

Peristiwa ke-3 hingga ke-5 ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi. “Sekalipun tidak diakui oleh Muhammad Al Ghazali,” kata Al Mubarakfury. Muhammad Al Ghazali adalah ulama Mesir penulis kitab Fiqhus Sirah.

Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]                                                       sumber : bersamadakwah.com

TAOTAUAJER : Salam maulidurrasul... mari kita bersama2 berselawat ke atas nabi muhammad S.A.W
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ َعلى سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø¢ِÙ„ سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ  - Koleksi Artikel Islamiah



Adbox