TAOTAUAJER - Di london seorang lelaki berada selama 49 jam dan 56 minit dalam air. Itu rekod dunia yang dicipta oleh Sean McGahern selepas dia berjaya menghabiskan masa selama dua hari menyelam di dasar lautan.
McGahern, 38, yang berbekalkan tangki oksigen dan baju selam itu, juga makan,minum dan tidur dalam air di dasar laut Mediteranean di Malta.
Meskipun dia berdepan dengan cabaran angin kuat dan ombak setinggi satu meter, namun McGahern berjaya mencipta rekod dunia itu.
Ketika menyelam dalam dasar laut itu, dia ditemani tunangnya dan seorang lagi penyelam yang tidak pernah putus asa untuk memberikan sokongan kepada McGahern dalam melaksanakan misi bahayanya itu.
Dia berjaya menewaskan rekod yang dipegang oleh Will Goodman pada 2010 yang berada di dalam laut selama 48 jam dan 8 minit.
Selepas berjaya mencipta rekod berkenaan, McGahern telah dibawa ke hospital setelah terlalu lama berada dalam air.
SUMBER : Mynewshub,Dailymail