TAOTAUAJER - CANDY CRUSH, permainan atas talian yang sangat popular semenjak di dilancarkan pada 12 April 2012 untuk Facebook, dan kemudiannya dilancarkan pada 14 November 2012 untuk telefon pintar. Dikatakan Candy Crush Saga ini menerima hampir USD633,000 keuntungan setiap hari. Tapi taukah korang? bahaya akan ketagihan bermain candy crush ini?
Di England Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush.
Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush.
"Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain.
"Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur," katanya.
Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut.
"Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.
"Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu," ujarnya.
Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar.
Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki.
Menurut pencipta permainan itu, King.com, wanita berusia 25 tahun hingga 55 tahun didapati menjadi pemain setia Candy Crush.
TAOTAUAJER : Sape kat sini antara yang ketagih bermain candy crush? pastikan anda tidak mengikut sepertimana perempuan ini... dimana ia akan mendatangkan kesan yang negatif pada kesihatan dan juga kehidupan korang... - Koleksi Informasi