Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » WOW! - Hotel mewah dasar laut di Dubai (12 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya tersebut.

The Water Discus Hotel adalah sebuah hotel dengan rekabentuk seperti kapal angkasa bakal dibina di Dubai. Rekabentuknya direka oleh firma Deep Ocean Technology.


Hotel ini mempunyai dua bahagian utama iaitu satu bahagian di atas permukaan laut dan satu bahagian lagi berada 10 meter bawah permukaan laut. Bahagian yang terletak bawah laut ini akan mempunyai 21 bilik yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Jom kita lihat lagi gambar-gambar The Water Discus Hotel yang indah ini~

Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.



Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air.

Hotel itu mempunyai tiga tiang dan satu struktur bangunan menegak yang menempatkan lif dan tangga yang menghubungkan bahagian atas permukaan dan bawah permukaan air.


Setiap bilik turut dilengkapi pencahayaan khas bagi membolehkan tetamu melihat dengan jelas kehidupan di dasar laut.







Bagi mendapat pengalaman sebenar berada di dalam laut pula, pengunjung boleh menaiki kenderaan mini untuk mengelilingi kawasan dasar laut di sekitar hotel itu.

Deep Ocean Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ini.


Dubai juga menjadi tapak bagi projek "The World" - yang merupakan projek pulau-pulau berbentuk Bumi dengan kira-kira AS$18 bilion dibelanjakan untuk projek tersebut, termasuk projek Burj Khalifa, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia.

TAOTAUAJER - Wow indah sungguhkan rekabentuk Hotel mewah nie... dah nama pon mewah, yang paling mengasyikkan lagi adalah ia berada di bawah permukaan air. Pasti suatu hari nanti lokasi ini bakal menjadi tempat yang harus di lawati oleh pengunjung.. banyak sungguh tempat terindah di dunia nie.. huhu.

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post