Breaking

Tuesday, September 17, 2013

PELIK! - Wanita Ini Jahit Lidah Untuk Kurus (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pelik tapi benar. Kebiasaannyer kalau nak kelihatan kurus dan langsing mestilah dengan cara pembedahan membuang lemak dan latihan yang dapat membakar lemak. Lain pula ceritanya bagi Marlene Beltran, 20, dan Lysander Lanusa, 27, boleh dianggap ekstrem.


Pelbagai cara dilakukan wanita untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh menarik. Hanya kerana ingin kelihatan kurus, mereka telah menjalani pembedahan menjahit lidah bagi mengurangkan selera makan mereka. Walaupun berasa sakit dan tidak selesa, mereka sangat gembira dengan hasil yang diperoleh.


Lysander yang pada awalnya mempunyai berat kira-kira 90.7 kilogram telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10.4 kilogram dalam tempoh sebulan. Sementara, Marlene yang mempunyai berat badan 70 kilogram pula berjaya mengurangkan lapan kilogram dalam tempoh sama.

 
 Proses Menjahit Lidah

Hilang deria rasa
Kaedah menjahit lidah diperkenalkan pakar bedah plastik dari Beverly Hills, Nikolas Chugay pada 2009. Peranti yang dilekatkan pada lidah memerlukan enam jahitan. Pembedahan hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak AS$2,000 (RM6,550).


Jahitan terbabit menyebabkan cubaan untuk mengambil makanan keras menjadi begitu menyakitkan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan makanan cair hanya kepada 800 kalori setiap hari. Pembedahan itu juga menyebabkan lidah kehilangan deria rasa dan mereka akan berasa sakit jika makan apa juga makanan kecuali cecair.

TAOTAUAJER : Memang gila dan menyakitkan, kini orang sanggup lakukan apa sahaja demi kecantikan sehinggakan membunag deria lidah. Kini wanita ini hilang satu nikmat dunia apabila akan rasa sakit makan makanan yang keras. - Koleksi Pelik Ajer!


Adbox