Breaking

Tuesday, September 17, 2013

KANTOI! - Wanita Guna Perut Hamil Palsu Seludup 2kg Dadah

TAOTAUAJER - Idea terbaru wanita guna perut hamil palsu seludup 2kg dadah, kantoi. Kalau kita biasa dengar orang seludup dadah guna beg or telan. Lain pula ceritanya apabila seorang wanita yang berasal dari Toronto yang berpura-pura hamil untuk cuba menyeludup 2 kilogram kokain telah ditangkap di lapangan terbang Bogota oleh polis Colombia. 


Kolonel Esteban Arias mengatakan Tabitha Leah Ritchie (28) ditahan ketika cuba untuk menaiki sebuah penerbangan Air Canada di Bogota selepas pemeriksa mengesyaki kerana perutnya luar biasa sejuk dan keras.


Dia mengatakan bahawa polis menemui perut palsu yang diperbuat daripada getah yang ditampal pada tubuhnya dan mereka menjumpai 2 kilogram kokain.





Pihak polis mengatakan bahawa Ritchie tiba di Colombia pada 6 Ogos lalu dan dia mengatakan dirinya sebagai pekerja sosial.

sumber: Dailymail

TAOTAUAJER : Adoyai macam-macam cara orang nak seludup najis dadah ini, asalkan boleh untuk mendapatkan keuntungan. Namun nasib polis dapat menghidu modus operandi ini. Ingatlah "JAUHILAH BAHAYA DADAH" dan "JANGAN HAMPIRI DADAH" hendaklah diingat selalu.



Adbox