Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » INFO! - Sejarah Penubuhan Malaysia 16 September 1963
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Ada apa dengan 16 September? Pasti tak ramai yang tau ada apa dengan 16 September yang tau nyer cuti. 16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut  dimana  Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.


16 September merupakan Hari PembentukanPersekutuan Malaysia dan tahun ini 2013, genap 50 tahun sudah negara Persekutuan Malaysia telah dibentuk.

Fakta buat korang pada hari yang sama juga, 16 September diisytiharkan sebagai Hari Angkatan Tentera selain daripada Sambutan Hari Malaysia.

Rentetan Penubuhan Persekutuan Malaysia:


TARIKH PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British pada Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.





Dari segi sejarah - berapa ramai yang tahu bila Sarawak merdeka, begitu juga Sabah dan juga Tanah Melayu. Mungkin segelintir sahaja yang tahu. Sabah dan Sarawak serta Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara persekutuan (Singapura keluar daripada Persekutuan pada 1969 manakala Brunei tidak jadi untuk menyertai Malaysia, walhal Brunei antara penyokong kuat pembentukan negara persekutuan).

Sebab utama adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah empat negara berdaulat yang merdeka dari jajahan British. Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957, manakala Sarawak merdeka atas usaha raja terakhir Dinasti Brooke yang menyaksikan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah pula pada 31 Ogos 1963, bersama Singapura.

SUMBER : Arkib.gov

TAOTAUAJER : Buat Malaysia, Selamat Hari Malaysia ke-50. Selamat Hari Merdeka ke-50 Sarawak dan Sabah dan Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-56 Persekutuan Tanah Melayu. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi hari ini terpelihara kedaulatanya - Koleksi Informasi


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post