Menyajikan pelbagai hidangan istimewa seperti ikan salmon masin, daging anak lembu dan siput dimasak bersama epal cincang, restoran itu berada di dalam lombong batu kapur Tytyri di sini, sekitar 60 kilometer ke barat ibu kota Finland, Helsinki.
Saksikan lagi gambar restoran di dalam tanah ini....
CEF Niklas Ekblom (kiri) dan pengusaha restoran Timo Linnamaki menyediakan makanan di restoran Muru Pop kelmarin.
"Saya seronok bekerja di restoran bawah tanah ini kerana anda jauh dari dunia luar, jadi, anda tiada gangguan untuknya memasak," kata cef berkenaan, Timo Linnamaki.
Seorang pengunjung ke restoran tersebut, Olli-Pekka Jantti berkata, makanan yang disediakan amat lazat.
"Saya juga sukakan kelainan apabila makan di restoran ini, anda berada jauh di dalam bumi, anda berasa amat pelik," katanya.
Harga makan malam merangkumi empat hidangan di restoran Muru Pop Down itu hanya AS$160 (RM497) termasuk kos pengangkutan pergi balik ke lombong itu dari Helsinki.
Lombong berkenaan yang berusia 115 tahun memiliki kedalaman 380 meter.Sebahagian lombong tersebut masih beroperasi dengan kebanyakan galian itu digunakan dalam industri kimia. - AP
TAOTAUAJER : Sungguh unik idea dan tema restoran ini , dengan kedudukannya di dalam tanah sudah menakjubkan. Selain itu, ini lah dikatakan sambil menyelam minum air siap kentut-kentut lagi bagi lombong yang telah tidak di gunakan lagi dijual/disewa daripada di sia-siakan begitu sahaja. Lepas nie buat la pulak hotel bawah tanah ataupun kubu anti kiamat yang deorang sibuk sangat nak buat tu - Koleksi Pelik dan Unik