Breaking

Sunday, August 26, 2012

GEMPAR! - Angkasawan Pertama ke Bulan Neil Armstrong meninggal dunia

TAOTAUAJER - Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Selepas mencatat nama sebagai manusia pertama menjejak kaki ke bulan, Amstrong jarang muncul di khalayak ramai sehinggalah pada bulan September tahun lalu apabila beliau memberikan keterangan di hadapan kongres mengenai masa depan NASA.

Amstrong yang juga komando Apollo 11 menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.

Kembara ke bulan itu membawa tiga angkasawan termasuk Buzz Aldrin serta Michael Collins dan mereka menghabiskan masa selama 21 jam dan 36 minit di bulan.

Lima lagi misi Apollo menyusul selepas itu sebelum program berkenaan tamat pada 1972.

Dianggarkan 500 juta manusia di seluruh dunia menonton detik-detik bersejarah semasa Armstrong yang berpakaian angkasawan berwarna putih menuruni tangga roket Apollo 11 menjejakkan kaki buat kali pertama ke permukaan menggerutu dan terasing di bulan.

Selepas misi Apollo 11, Armstrong mengajar kejuruteraan angkasa lepas di University of Cincinnati dan kemudiannya menjadi pengerusi Computing Technologies for Aviation, Inc., Charlottesville.

Sebelum ini beliau bersama isterinya menetap di Cincinnati.

Pada bulan November tahun lalu, Armstrong dan rakannya Aldrin serta Collins dianugerahkan pingat emas Congressional Gold Medal, iaitu anugerah tertinggi Kongress.

TAOTAUAJER : HISTORY MAN orang pertama yang menjejaki bulan kini hanya tinggal sejarah untuk di kenang. "Ini satu langkah kecil untuk satu orang, tapi ini lompatan raksasa bagi umat manusia." katanya.
Adbox