Breaking

Sunday, August 26, 2012

PEMBONGKARAN - Betul ker Neil Armstrong Mendengar Azan di Bulan & Masuk Islam?

TAOTAUAJER - SATU dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969. Kini Neil Armstrong menjadi sejarah dunia apabila meninggal pada hari ini pada usia 82 tahun. 


Pasti korang pernah dengan akan konspirasi akan sebenarnya deorang tak mendarat pon kat bulan tu. Tao pon ade membaca artikel dan juga saksikan pembongkaran tersebut di Youtube.

Pasti korang penah dengar tentang Neil Armstrong angkasawan pertama dunia menjejakkan kaki di bulan telah mendengar satu suara ketika berada di bulan. Bernarkah?

Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!


Apabila Neil Armstrong mendarat ke bumi, dia masih mencari-cari apakah suara tersebut sehinggalah dia terdengar suara azan dan mengatakan itulah suara yang dia dengar ketika di bulan. Lantas Neil Armstron pun memeluk islam.

Kebenaran cerita tersebut dibongkarkan dari mulut Neil Armstrong sendiri yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang artikelnya di keluarkan oleh TheStar.

KUALA LUMPUR: Man’s landing on the moon is no hoax, said Neil Armstrong, the first person there. 
Denying such claims, he said that the world loved a conspiracy theory. The moon mission was a very difficult, big and expensive project, said the commander of Apollo 11 who touched down on the moon on July 20, 1969.
MY HERO: Zaid greeting Armstrong at the KLCC in Kuala Lumpur Tuesday. 
Armstrong is here for the two-day Global Leadership Forum.

“The only thing that might be more difficult than the Apollo programme was trying to fake it,” he said during a question-and-answer session at the Global Leadership Forum here yesterday.
Asked by Malaysian astronaut candidate Zaid Zahari, 32, which he considered to be his greatest achievement – landing on the moon or getting back to Earth safely – Armstrong said it was a “superior moment” when he set foot on the moon. 
This was because he believed the Apollo 11 had only a 50% chance of a successful landing in its first attempt. 
The final approach, he said, was a very difficult part of the flight and no computer software had demonstrated this flight before. 
“When we touched down on the surface, recognising that that was the goal of one-third of a million people working for nearly a decade, and all that people sharing in the satisfaction of reaching that goal, was a superior moment.” 
Armstrong said he was “elated, ecstatic and extremely surprised that we were successful.”
Armstrong, 75, also denied he had heard the Muslim call to prayer on the moon and had converted to Islam.      
SUMBER : The Star

Dalam satu temu bual pada tahun 2009, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

TAOTAUAJER : Konspirasi pendaratan Neil Armstrong di bulan masih lagi menjadi tanda tanya tak tau mana yang betul sama ada ia fakta mahupun ianya konspirasi atau sekadar khabar angin yang ingin menjatuhkan sesuatu pihak. - Koleksi PEMBONGKARAN

Adbox