Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » WOW! - Solvay Hut Pondok Tertinggi Di Dunia Yang Dibina Di Atas Gunung (6 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Solvay Hut adalah sebuah pondok yang berada di pinggir sebuah tebing di dekat Zermatt, Canton Valais, Switzerland. Ini dianggap sebagai pondok gunung tertinggi di dunia, yang berada pada ketinggian 4.003 meter di atas permukaan laut.


Pondok ini dimiliki oleh kelab Switzerland Alpine, yang dibina sebagai gudang simpanan makanan, serta tempat berlindung bagi para pendaki gunung dan pejalan kaki. Boleh menampung kira-kira 10 orang, pondok ini dibina pada tahun 1915, dan hanya memerlukan masa lima hari untuk disiapkan.


Seperti yang dilaporkan oleh Neue Zuercher Zeitung, pondok ini dinamakan sesuai dengan nama pengasasnya, Ernest Solvay, seorang ahli kimia dan usahawan Belgium. Sejak dulu, Ernest memang dikenali sebagai seorang pendaki sejati. Maka tak hairanlah, jika akhirnya dia memutuskan untuk membina sebuah pondok gunung bagi para pendaki.


Ernest bahkan menyumbangkan pondok itu secara percuma sebagai bentuk rasa syukurnya atas semua masa yang telah dihabiskannya untuk menikmati panorama pergunungan. Pada tahun 1976, sebuah telefon kecemasan telah dipasang di Solvay Hut.

TAOTAUAJER : Serius indah permandangan di atas nie, alangkah bagus nyer kalau dapat sampai ke tempat macam ini, memang tak dapat laa.. tengok jer la dapat...


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post