Breaking

Monday, March 10, 2014

SERIUS! - ARAB SAUDI Larang jual minuman isotonik

TAOTAUAJER - Tindakan Arab Saudi melarang penjualan minuman bertenaga atau isotonik mengundang rasa terkejut kepada pengeluar menyebabkan kerugian besar kepada industri minuman di negara itu.


Minggu lalu, pihak berkuasa Saudi mengharamkan pengiklanan, tajaan dan penjualan minuman bertenaga di kelab sukan serta bangunan kerajaan atas sebab kesihatan.

Larangan dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri mendapati, minuman bertenaga mampu memberi kesan buruk kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Difahamkan, mulai minggu ini setiap minuman bertenaga yang dijual di negara itu perlu memaparkan tanda amaran kesihatan.

Jurucakap Firma Penyelidikan Euromonitor Antarabangsa berkata, larangan terbabit menyebabkan pengeluaran minuman terbabit menurun di pasaran.

"Disebabkan pengeluarnya dihadkan, maka harga untuk setin minuman itu akan mahal sama seperti minuman berkarbonat," katanya. - Al Arabiya
SUMBER : Sinar Harian


TAOTAUAJER : Ini baru la langkah yang betul untuk mengatasi diabetis...langkah dengan menaikkan harga gula adalah tidak praktik kerana pastinyer orang akan beli jugak gula tu. Buat pengetahuan korang tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah, oleh itu berhati-hati lah dalam memilih minuman. - Koleksi Kesihatan


Adbox