Breaking

Monday, March 10, 2014

WTF! - Cacian Makian Pendek Akal Yang Tidak Berhati Perut Terhadap Tragedi MH370 (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - INSIDEN kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bukan sahaja mengundang perhatian dan keprihatinan warga dari seluruh dunia tetapi ia juga memperlihatkan kewujudan beberapa individu bodoh dan tidak berhati perut.


Beberapa individu tertentu termasuk personaliti dikenali ramai membuat kenyataan bersifat gurauan terhadap nasib pesawat MH370 ini tanpa mengambil kira kesedihan ahli keluarga penumpang yang kini berdebar-debar menunggu maklumat terkini insiden berkenaan.

Pesawat MAS itu terputus hubungan dengan komunikasi menara kawalan pada pukul 2.40 pagi Sabtu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi.

Antara individu yang melakukan kerja tidak berfaedah ini ialah bekas peserta program realiti komedi terbitan Astro iaitu Raja Lawak.


Bekas peserta itu iaitu Leman Raja Lawak menuduh kerajaan dipimpin parti Barisan Nasional (BN) enggan mendedahkan maklumat bahawa pesawat berkenaan kononnya telah diketahui terhempas ke dalam laut.

“Pemimpin BN tak mahu beritahu kebenaran bahawa yang sebenarnya kapal terbang MAS yang meletup di udara dan terhempas di lautan yang menyebabkan semuanya terbunuh.. Mereka takut syarikat MAS akan mengalami kerugian disebabkan oleh kecuaian pihak MAS sendiri,” kata Man melalui status Facebooknya.

Tidak ketinggalan seorang pengguna Twitter yang bernama Haziq yang turut mendapat kecaman luar biasa hebat daripada pengguna medium sosial yang sama.

Mereka ini seakan tidak mempunyai peri kemanusiaan dan sanggup membuat kenyataan menghina di laman sosial tanpa mengambil kira perasaan para ahli keluarga.

Macam-macam kebodohan dan tahap rendah berfikir dipertontonkan oleh segelintir rakyat negara ini.

Jika hendak dikumpulkan semua, agak banyak juga individu mental rendah ini khususnya di laman sosial kerana biasanya disitulah berkumpulnya mereka yang hanya berani berkata-kata di atas papan kekunci komputer sahaja tanpa mahu berfikir panjang secara matang.

Juga dikesan dua individu yang mempermainkan insiden kehilangan MH370 pada tahap yang lebih menghinakan sehingga membabitkan Allah dan juga nasib ahli keluarga mangsa.


Seorang wanita dalam status Facebooknya pula merungut tidak dapat menonton program televisyen lain kerana ahli keluarganya mahu mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 dan mencela insiden melibatkan pesawat itu.


SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Geram pulak rasanya tengok status-status pendek akal nie, sebab mereka tak rasa sepertimana yang ahli keluarga mangsa rasa. Cuba kalau yang dikalangan status nie emak atau bapa mereka yang terbabit dalam trajedi tersebut? yang paling bengang, boleh pulak di kaitkan Allah pulak... agak-agak la.. agak-agak tak suka dengan keadaan di malaysia pergi la duduk kat negara lain yang bukan beragama islam, pergi duk israel sana tu. Damyu! - Koleksi TRAGEDI MH370


Adbox