Breaking

Saturday, January 11, 2014

UNIK! - Fadiouth Pulau Yang Terbentuk Dari Kulit Kerang (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kebiasaannya pulau adalah terbentuk dari aktiviti gunung berapi dan juga disebabkan oleh aktiviti tektonik yang menyebabkan kerak bumi naik dari dasar lautan. Lain ceritanya di Senegal apabila sebuah pulau unik terbentuk daripada himpunan kulit kerang.


Fadiouth pulau unik terbentuk dari kulit kerang berada di hujung Petite Cote, hamparan pantai di Senegal. Pulau ini dihubungkan oleh jambatan kayu sempit dengan sepanjang 400 meter dari Joal Fadiout ini, anda boleh pergi ke sebuah pulau yang seluruhnya terbentuk dari kulit kerang.


Keunikannya adalah seluruh bahagian Fadiouth benar-benar diterbentuk daripada cengkerang kerang laut. Di seluruh pulau kelihatan dengan jelas bekas cengkerang kerang, terhampar di jalanan hingga menjadi perhiasan rumah penduduk. Bahkan Fadiouth terkenal dengan kawasan kubur yang juga daripada cengkerang kerang.



Selama lebih dari 100 tahun penduduk Fadiouth menuai kerang dan mengambil isinya. Hasilnya cengkerang yang sudah tak terpakai dibuang hingga terkumpul membentuk sebuah pulau tersendiri. Tumpukan cengkerang kerang selama beratus-ratus tahun itu dijalin dengan akar pokok bakau, alang-alang dan Baobab raksasa hingga menjadi stabil.


 
 

TAOTAUAJER : Sungguh unik bukan, hanya daripada timbunan kerang akhirnya jadi sebuah pulau.. boleh la buat pepatah baru lepas nie 'simpan kulit kerang sikit-sikit , lama-lama jadi pulau ' hehee. Agak-agak korang dah berapa banyak kulit kerang yang mewujudkan pulau ini? - Koleksi Menarik


Adbox