TAOTAUAJER - Satu kejadian mengejutkan apabila sebuah pulau baru muncul tiba-tiba kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar di Laut Arab setelah berlakunya gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter melanda daerah Awaran di wilayah Balochistan, Pakistan.
Satu gempa bumi besar telah melanda kawasan terpencil di barat Pakistan pada pagi (24 Sept 2013) menyebabkan sebuah pulau yang tidak diketahui sebelum ini telah muncul dari laut berhampiran luar pantai selatan negara itu. Kesan gempa bumi itu dirasai sejauh New Delhi, India, di mana bangunan bergegar sehingga beratus-ratus kilometer ke timur.
ORANG ramai melihat pulau yang muncul secara tiba-tiba ini
Gempa bumi sekuat magnitud 7.8 yang melanda wilayah Baluchistan, Pakistan. Wilayah yang bersempadan dengan Iran, kebanyakannya terdiri daripada padang pasir dan gunung dan pernah dilanda beberapa gempa bumi sebelum ini.
Ketua Pusat Pemantauan Seismologi, Zahid Rafi berkata, pembentukan pulau sepanjang 91 meter dengan kedalaman 21 meter itu tidak mustahil jika dilihat kepada magnitud gempa.
Tetapi tidak ada satu pun daripada gempa itu cukup kuat untuk menyebabkan dasar laut terkeluar, Seperti yang berlaku pada pagi 24 sept 2013 ini, dan mewujudkan sebuah pulau kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar, Pakistan di Laut Arab.
"Gempa bumi yang besar boleh menyebabkan perubahan bentuk ketara pada kerak bumi, terutamanya di sepanjang pantai," katanya pada Press TV.
Seorang ahli biologi marin dari Institut Oseanografi Pakistan, Muhammad Danish berkata, dasar laut berhampiran pantai Makran mempunyai hidrat gas beku dengan jumlah metana yang besar menyebabkan pengeluaran gas metana dari pulau itu.
Walaubagaimanapun kemunculan pulau berhampiran Gwadar itu adalah yang keempat di rantau itu sejak 1945.
Sementara itu, media melaporkan, jumlah kematian akibat gempa bumi telah meningkat melebihi 340 orang. "Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan," kata laporan itu.
Selain itu, Nasa juga telah mengabil beberapa imej sebelum dan selepas kejadian gempa bumi yang menyebabkan wujudnya pulau baru di perairan tersebut.
SEBELUM GEMPA imej dirakamkan pada April 17, 2013.
SEBELUM GEMPA imej dirakamkan pada September 26, 2013.
Imej yang dirakamkan di pulau tersebutSelain itu, Nasa juga telah mengabil beberapa imej sebelum dan selepas kejadian gempa bumi yang menyebabkan wujudnya pulau baru di perairan tersebut.
SEBELUM GEMPA imej dirakamkan pada April 17, 2013.
SEBELUM GEMPA imej dirakamkan pada September 26, 2013.
KEJADIAN GEMPA BUMI DALAM AL QURAN
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Kalau kita cari perkataan gempa bumi dalam Al Quran, perkataan gempa bumi secara tegas dinyatakan sebanyak 4 kali, iaitu pada Surah Al A’raaf (ayat; 78, 91 dan 155) Dan Surah Al-Ankabut ayat 37. Dalam Surah Al An’aam ayat 65.
Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”, maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1.
Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi.
Secara etimologi, maksud gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan tenaga terpendam, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi.
Merujuk kepada maksud tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.
Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide). Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu :
Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut ?.
Fenomena terjadinya runtuhan, dan terbentuknya gunung-gunung dan pulau-pulau akibat pergerakan kerak bumi ini boleh ditemui dalam Al Quran pada :
1) Surah Ar Ra’du ayat 41 :
“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabnya”.
2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu :
“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak? Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu :
“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”.
Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cair dan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya.
Bukan saja eksploitasi terhadap sumber daya yang dilakukan oleh manusia, manusia itu sendiri juga telah mengeksploitasi dirinya sendiri, sehingga telah menimbulkan kehidupan yang tidak harmoni antara manusia dengan alam.
Dan manusia dengan manusia, apalagi manusia dengan Sang Khaliq, seperti yang digambarkan dalam Surah Ar-Ruum ayat 41 iaitu
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.
Semua bencana ini tidak akan terjadi, apabila semua manusia itu tunduk dan patuh untuk melaksanakan seluruh perintah dan menghentikan semua larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sebagaimana yang disampaikan pada Surah Al Hadid ayat 22, iaitu “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”.
Dari beberapa tinjauan yang disampaikan di atas, terjawablah bahawa gempa bumi merupakan proses dari Allah untuk penyempurnaan ciptaan-Nya. CiptaanNya yang sempurna ini, bukan hanya berlaku kepada bumi, tetapi juga kepada penghuninya.
SUMBER : Sinar Harian, Isu hangat ,earthobservatory.nasa.gov
TAOTAUAJER : Subhanallah! Apa yang berlaku semuanya sudah tertulis di dalam Al-quran dan inilah bukti kebesaran Allah yang ditunjukkan buat kita supaya kembali kejalan yang benar - Koleksi Kejadian Alam