Breaking

Monday, March 25, 2013

WOW! - Pangkalan Tentera Udara Malaysia Terapung di Pulau Layang-Layang (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mungkin agak pelik apabila dikatakan kita mempunyai pengkalan Tentera Udara Malaysia terapung di lautan kita tidak lah mempunyai teknologi yang maju seperti Negara-negara besar yang mempunyai kapal pengangkut tentera uadara seperti United States Ship (USS).


Tetapi buat pengatahuan korang kita mempunyai satu Pengkalan Udara yang unik dimana ia terapung di Lautan di Pulau Layang-Layang. Dikatakan pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.



"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.


F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?

KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.


Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.

Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.


TAOTAUAJER : Agak beruntung negara kita kerana mampunya pesawai Sukhoi 30MKM yang mampu menyediakan pertahanan jarak jauh dimana ia mempunyai jarak operasi yang jauh berbanding pesawat tempur yang lain. Oleh itu, tak perlulah nak kita bising-bising kenapa negara kita membeli pesawat yang mahal sebegini. - Koleksi Ketenteraan

Adbox