TAOTAUAJER - Air Terjun Niagara adalah salah satu air terjun yang terindah dan terunik. Alangkah mengejutkan apabila kini air terjun yang unik tersebut telah membeku di sebabkan oleh Polar Vortex, fenomena alam berupa aliran besar udara sejuk yang berputar di jarak puluhan ribu kaki di bawah atmosfera. Fenomena inilah yang menyebabkan sebahagian besar wilayah di Amerika membeku.
Niagara terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada yang sudah tersohor di kalangan pelancong kerana kemegahan air terjunnya. Kini air terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais akibat terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya kelihatan seperti stalaktit dan stalakmit yang biasa boleh dijumpai di dalam gua.
Meskipun telah membeku, namun air sungai Niagara tetap mengalir sehingga menjadi tirai ais. Beberapa orang penduduk yang kuat melawan hawa dingin kelihatan berjalan-jalan di sekitar Niagara untuk menyaksikan pemandangan tak lazim tersebut.
TAOTAUAJER : Niagara membeku sepenuhnya setelah polar vortex bertiup selama 4 hari berturut-turut hingga mencatat 37 darjah Celsius bawah paras beku. Sehingga kini 21 orang di catatkan telah mati di sebabkan fenomena ini dan buat pengatahuan korang seseorang itu berisiko mati membeku hanya dalam beberapa minit jer kalau terdedah dengan kesejukan melampau sebegini. Subhanallah! - Koleksi Keindahan Alam