TAOTAUAJER - Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.
Kadang-kadang bateri laptop/netbook kita cepat habis padahal masih baru menggunakannya. Apakah punca bateri menjadi lemah dan mudah habis walaupun sudah di cas? Pernahkah kita ambil berat akan panduan menjaga bateri? Jika tidak, anda perlu tahu bagaimana menjaga bateri agar ia tahan lebih lama.
Disini merupakan tips ringkas penjagaan bateri justeru memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya:
1) Bateri anda Masih Berada dalam Keadaan baru – Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.
2) Setelah itu, tanpa perlu‘ON’ laptop, caj bateri selama 8 jam. Jika penanda di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga 8 jam.
3) Selepas 8 jam caj laptop, cabut charger/adapter dari laptop anada. Dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis kerana ia akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
4) Nextime, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator/penanda menunjukkan bateri sudah penuh. ^_^
Tabiat yang perlu dielakkan:
1) Anda perlu Elak dari selalu mengecas laptop/netbook anda. hal ini kerana Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas.anda boleh mencabut charger, dan gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan.
Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada.Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik
5 minit (ini dikira satu pusingan)
2) Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas semula. Ia akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri.
3) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.
Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan kembung dan tidak berkemampuanmenyimpan banyak kuasa lagi. Apabila laptop/nnetbook anda tidak menyimpan kuasa langsung,kemungkinan bateri tidak boleh dicas semula pada masa akan datang.
4) Elak kepanasan- Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.
Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.
5) Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan mengakibatkankepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Anda boleh cabut charger bila ‘indicator’ di laptop/netbook anda apbila bateri penuh.
SUMBER : farid108.blogspot.com
TAOTAUAJER : Amacam korang ada pernah buat tips seperti di atas ini atau tidak? mungkin ini pertama kali korang tau akan teknik penjagaan bateri laptop yang dapat menjamin jangka hayat bateri laptop korang. Selamat mencuba =) - Koleksi Tips & Petua