Breaking

Saturday, September 14, 2013

SUBHANALLAH - Kini Bakal Bermulanya Fasa Perang Akhir Zaman WW III (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Bukan sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang dari awal mengikuti perkembangan di Syria kerana di Syria adalah pintu gerbang perang akhir zaman. Apakah serangan yang akan di lancarkan oleh US bila-bila masa saja lagi merupakan petanda peperangan besar akhir zaman seperti yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan beberapa tanda.


Terjadinya pertempuran dahsyat antara kaum muslimin melawan nasrani, dan akan terjadi sebelum munculnya imam Mahdi. Nabi s.a.w menamakannya al-malhamah al-kubra, yang padanya kaum muslimin akan menang, kemudian setelah itu mereka akan menuju Kostantinopel untuk merebutnya, kemudian setelah itu barulah muncul dajjal.

Seperti mana yang berlaku sekarang disaat hampir tumbangnya regim kafir Basyar Assad dan pembantunya Iran dan Hizbullah, US mengambil tindakan campur tangan untuk mengambil alih Syria dari tangan Mujahidin. Serangan kimia yang dilakukan regim Basyar Assad sebenarnya taktik terakhir untuk membuka peluang kepada US dan sekutunya untuk membantu regim Basyar itu sendiri dan seterusnya meletakkan boneka pilihan mereka.



Persiapan giat dijalankan US di pengkalan udara tentera US di Al-Udeid di Qatar. Antaranya persiapan pesawat pengebom B-1B dan pesawat pejuang stealth F-22 Raptor. Begitu juga pihak Israel telah memanggil sebahagian besar tentera simpanannya termasuk persiapan roket, Tentera Udara dan senjata penangkis peluru berpandu. Senjata penangkis Anti-Missilie Arrow, Patriot dan Dome telah ditempatkan secara lebih meluas dari kebiasaan sebelum ini.Walau bagaimanapun menurut maklumat pegawai Israel mereka tidak menjangkakan serangan tentera Syria keatas mereka.


peta yang terperinci berkaitan dengan tempat-tempat yang akan dijadikan sasaran didalam Damsyik, Syria. ia berikutan dengan pengumuman bahawa serangan ini dilakukan hanya untuk 'menghukum' Assad kerana menggunakan senjata kimia.

Manakala di pihak Syria persiapan rapi juga diadakan dengan mengatur aset-aset penting kekubu selamat bagi mengelak dari serangan US. Mengikut Debkafile lagi, pasukan kereta kebal dan meriam ketumbukan ke-4 Syria dan division Pengawal Republik, yang telah melancarkan serangan senjata kimia juga telah dipindahkan kekubu selamat yang baru siap dibina tahun lepas.

Pasukan tentera Syria berpusat di Hom, Hama, Latakia dan Aleppo juga telah bersiap-sedia selepas mendapat maklumat dari perisikan Syria dan Russia bahawa mereka akan diserang pada bila-bila masa sahaja lagi.

Bangunlah dari tidur wahai ummat Muhammad. Jangan memandang mudah apa yang sedang berlaku. Ini bukan masanya lagi untuk kalian menikmati kesenangan dunia yang penuh dengan tipu daya.

Dari Watsilah bin al Asqaa, berkata, Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Hudzaifah bin al Yaman dan Mu'adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat beliau tentang tempat tinggal. Maka, beliau mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. [Dan] baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Baginda bersabda:

عليكم بالشام فإنها صفوة بلاد الله يسكنها خيرته من خلقه ..

"Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya".
Pembebasan Al-Aqsa bermula dari pembebasan Syria.

Note: Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].

SUMBER : Fb/syria.care, pasukanpanjihitamtheblackbanner.blogspot.com, gempak.org, Detik Islam

TAOTAUAJER : Sayang sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi. Wallahu A'lam Bish Shawab - Koleksi Konflik Syiria

Adbox