Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » PULAK DAH! - Ketua Misi Syria Nafi Pemuda Sertai Perang Jihad
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kalau semalam heboh dengan kisah seorang pemuda menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad. Ketua Misi Malaysia Life Line For Syria, Shahrir Azfar Saleh manafikan pihaknya terlibat secara langsung dengan sebarang pertempuran di Syria.


Perkara tersebut dijelaskan oleh Shahrir menerusi laman sosial Facebook miliknya. Malah, beliau turut menafikan pasukannya mentertai pasukan Free Syrian Army (FSA).

Ini apabila salah seorang peserta misi yang juga juruvideo Misi Kemanusiaan ke Syria, Faisal Hamdi memuat naik gambar yang menunjukkan beliau memegang senapang.

Bagaimanapun, Faisal sendiri telah menerangkan bahawa tindakannya itu adalah atas keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan misi kemanusiaan yang diwakilinya.

Berikut merupakan kenyataan Ketua Misi Malaysia Life Line For Syria, Shahrir Azfar Saleh:

“Assalamualaikum wrt wbt , Bismillahirrahmaanirrahiim
Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria dengan ini menafikan artikel mengenai

SERIUS! - Pemuda Malaysia Berani Jihad Angkat Senjata Berperang Di Syria

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA). 
Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar. 
Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung dengan tujuan misi. 
Sekian. Terima kasih.”
SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Inilah kebenaran, yang telah di nyatakan oleh Ketua Misi Malaysia Life Line For Syria,  telah manafikan pihaknya terlibat secara langsung dengan sebarang pertempuran di Syria. Apa-apa pun Kami di Malaysia mendoakan agar misi kemanusiaan tersebut berjaya serta selamat daripada sebarang ancaman pengganas. - Koleksi Konflik Syria


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post