TAOTAUAJER - Najis oh najis, Kalau makan tahi idung boleh jaga kesihatan ni pulak najis burung untuk tujuan kecantikan? Itulah yang ditawarkan sebuah spa mewah New York yang menggunakan rawatan tradisional Jepun kepada sesiapa yang sanggup membayar AS$180 (RM581) untuk seketul najis burung nightingale Asia import.
PELANGGAN menggunakan teknik rawatan muka geisha di Spa Shizuka.
Setiap bulan, kira-kira 100 wanita dan lelaki mengunjungi salun rawatan kulit Shizuka tidak jauh dari Fifth Avenue di Manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
Pengamalnya mendakwa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan.
Pemilik spa itu, Shizuka Bernstein berkata proses rawatan digelarnya sebagai Rawatan Muka Geisha bermula sejak lima tahun lalu. “Saya cuba membawa rahsia kecantikan Jepun ke AS selepas mempelajari teknik rawatan ini daripada ibu saya,” katanya. Walaupun secara relatif jarang didapati di AS, rawatan itu sebenarnya biasa di Jepun dan mula diamalkan sejak 1600-an di kalangan pelakon dan geisha.
Kerana itu, kata pemilik spa sekihatan Ten Thousand Waves di Santa Fe, New Mexico, Duke Klauck, golongan warga emas Jepun tetap memiliki kulit yang cantik walaupun sudah berusia lewat. Rawatan di spa Shizuka itu bermula dengan proses membuka liang roma kulit melalui pendedahan kepada wap panas. Kemudian krim disapu sebelum najis burung dilumurkan pada kulit. Najis burung itu dicampur dengan beras dan disapu ke kulit.
Sementara itu, salah seorang pelanggan spa mewah berkenaan berkata, bahan itu berbau seperti “beras dipanggang.”
TAOTAUAJER : Pelik jer! apabila tahi pun boleh di jadikan produk kecantikan rawatan kulit setelah di kaji ia mempunyai nutrien baik bagi mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit. - Koleksi Pelik Jer!