Breaking

Monday, August 5, 2013

OMG! - Penyelidik Cipta Gigi Guna Sel Air Kencing Manusia

TAOTAUAJER - Saintis Cina meramalkan sel-sel stem yang diperolehi daripada air kencing boleh membenarkan manusia untuk menumbuhkan gigi hilang. Penyelidik di Institut Bioperubatan Dan Kesihatan Guangzhou berkata, mereka berjaya mencipta gigi menggunakan sel air kencing manusia.


Menurut saintis di situ, air kencing manusia mengandungi sel yang berpotensi dijadikan enamel, pulpa dan komponen lain bagi gigi sihat. Ketika penyelidik di institut itu bangga dengan pencapaian berkenaan, beberapa pihak lain masih curiga dengan kejayaan itu.


Menurut mereka, keputusan pencapaian itu masih terhad kerana membabitkan sel tikus dan kadar kejayaannya sekitar 30 peratus.

Struktur gigi yang terhasil itu pula hanya memiliki satu pertiga daripada kekerasan gigi manusia. Profesor Kolej Universiti London, Chris Mason berkata penggunaan air kencing manusia “mungkin satu daripada “sumber paling jijik” pernah ada. - Agensi

TAOTAUAJER : Pelik jer penyelidikan di china ini, tetapi jangan pulak nanti pada masa hadapan dah tak perlu pakai gigi palsu just guna hasil penyelidikan ini gigi boleh di tanam semula dan tumbuh semula. - Koleksi Pelik

Adbox