Breaking

Thursday, November 17, 2011

OMG! - Teh Termahal di Dunia dari Tahi Panda Di China

TAOTAUAJER - Korang penah dengar tak tentang kopi “tahi musang” atau kopi luwak yang begitu mahal harganya. Di china,An Yanshi, mendapat idea dari kopi tahi musang dan cuba untuk memecahkan rekod harga teh termahal di dunia yang diperbuat dari tahi Beruang Panda.


Pensyarah salah sebuah kolej itu, An Yanshi telah mengumpulkan lima tan tahi Beruang Panda untuk mencipta sejenis teh yang baru.

Dia yakin bahawa tahi tersebut yang memiliki aroma unik mampu membuatkan teh ciptaannya nanti menjadi kegemaran mereka-mereka yang bercita rasa tinggi dan membolehkan ia dijual sehingga £50,000 (RM252,432) sekilogram.

Yanshi menjelaskan “Beruang Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang cekap dan ia hanya menyerap sekitar 30 peratus sebarang zat makanan yang dimakan. Ini bermakna, tahi haiwan ini kaya dengan serat dan nutrient

Ia memiliki aroma yang matang, kepedasan serta tersendiri semasa melalui proses penapaian.

Yanshi yang mengumpulkan tahi beruang menggunakan lori dari pusat ternakan Panda gergasi di Chengdu, daerah Sinchuan Selatan China mensasarkan untuk memegang Guinness World Record sebaik sahaja pusingan pertama tehnya sedia untuk dijual.

Kopi paling mahal di dunia setakat ini dibuat daripada bijian kopi yang dimakan, disepara cernakan serta dikeluarkan semula oleh sejenis musang Indonesia.

Kopi Luwak, atau “Civet Coffee” dijual sehingga £100 (RM504.80) untuk setiap 0.45kg di United Kingdom.

TAOTAUAJER - China oh china...hebat gaya memikiran deorang kan, tak kurang juga dengan jepun apabila cuba mencipta daging burger dari hasil buangan najis manusia. - KOLEKSI OMG!


Adbox