Breaking

Thursday, July 11, 2013

BAHAYA! - Kesan Buruk Merokok Selepas Berbuka Puasa (MESRI BACA)

TAOTAUAJER - Ramadhan tiba lagi, di kesempatan ini tao mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia kepada semua pembaca. Sepertimana yang kita biasa lihat bila waktu berbuka sahaja pasti perokok-perokok akan isap rokok terlebih dahulu sebagai juadah berbuka kalau tak pun selepas berbuka.


Tahukah korang? Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.


TAOTAUAJER : Dari perkongsian ini, disarankan janganlah berbuka dengan menghisap rokok dan kalau boleh berhenti jer terus menghisap rokok tu kerana ia membahayakan kesihatan. - Koleksi Info Puasa


Adbox