Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » DAHSYAT! - Bandar Samara diserang tanah jerlus (7 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini penduduk russia di kejutkan oleh kejadian Meteor yang jatuh dan menyebabkan banyak kemusnahan serta mengorbankan jiwa kini russia dikejutkan pula dengan kejadian tanh jerlus di membimbangkan apabila banyak kejadian kenderaan tejerlus di dalam lubang di laporkan. Dimana Sekurang-kurang seorang penduduk sudah meninggal dunia manakala banyak kenderaan rosak akibat terjatuh ke dalam lubang besar yang terjadi di bandar Samara, Russia.


Penduduk bandar itu kini hidup dalam kebimbangan selepas ‘serangan’ tanah jerlus mula berlaku di seluruh bandar itu.

Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh.

Tanah jerlus, sebahagiannya cukup besar untuk menelan sebuah lori dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang terjadi apabila ais cair dan menyerap ke bumi. Air yang berlebihan menyebabkan tanah di bawah jalan raya di bandar itu jerlus.




Lubang besar dapat dilihat di tempat letak kereta, simpang jalan raya yang sibuk, tepi jalan dan di jalan raya besar mahupun kecil.




Penduduk Samara sudahpun mengambil langkah menandatangani petisyen untuk mendesak pihak berkuasa mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.

Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan.Bagaimanapun, tanah jerlus semula jadi mengambil ribuan tahun untuk dibentuk dan berbeza dari segi saiz.Ia terjadi akibat daripada apa yang dikenali sebagai proses Karst yang berlaku apabila lapisan batu batan seperti batu kapur di bawah tanah dilarut oleh air berasid.

Biasanya, hujan menyerap menerusi tanah, menyerap karbon dioksida dan bertindak balas dengan sisa pertanian. Kesannya, air yang sampai kepada lapisan batu batan yang boleh larut itu ialah dalam bentuk berasid.

Air berasid itu kemudian menghakis batu batan di bawah permukaan bumi, sekali gus membentuk ruang berongga.Kemudian, apabila ia tidak disokong lagi kerana rongga itu, tanah di atas batu kapur akan runtuh menjadi tanah jerlus.

Keruntuhan permukaan itu boleh terjadi tiba-tiba atau mengambil masa beberapa jam. Hujan lebat atau sistem perparitan yang buruk juga boleh menyebabkan keruntuhan. 

SUMBER : Daily Mail

TAOTAUAJER : Ingatkankan kat Malaysia jer jalan berlubang-lubang nie lagi teruk kat Russia dalam nyer boleh mencapai sehingga 6 kaki tu. Lori pon boleh masuk.. tao rasa ini berpunca daripada pemanasan global yang menyebabkan ais mencair dan menyebabkan kegagalan struktur tanah jalan tersebut - Koleksi Dahsyat

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post