SADIS! - 7 Luahan Setiap Graduan Pada Pekerjaan Pertama -
Home » , , » MISTERI! - Kewujudan Naga Menjadi Tanda Tanya (5 GAMBAR)

MISTERI! - Kewujudan Naga Menjadi Tanda Tanya (5 GAMBAR)

Written By taoslayerz on Saturday, April 20, 2013 | 8:23 PM

TAOTAUAJER - Naga merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah fantasi. Namun begitu naga juga dikatakan sejenis haiwan legenda dan didakwa pernah wujud suatu masa dahulu di muka bumi ini. Bagaimanapun setakat ini masih belum terdapat bukti akan kewujuduan naga ini.


Ahli-ahli paleontologi dan kaji sejarah masih belum menemui sebarang bukti bahawa naga pernah mendiami muka bumi ini. Setakat ini yang sering ditemui adalah fosil-fosil dinosaur yang memang pernah wujud di zaman purba.

Mungkinkah naga itu sebenarnya dinosaur yang masih belum pupus sewaktu tamadun manusia mula berkembang? Mungkin dinosaur tersebut disalah anggap sebagai naga oleh manusia pada waktu itu. Cerita mengenai naga pula kemudian ditokok tambah seperti mempunyai sayap dan boleh mengeluarkan api dari mulutnya.


Mengikut ahli sejarah, seorang ahli sejarah China purba bernama Chang Qu pernah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah menemui rangka naga di sebuah tempat bernama Wucheng dalam wilayah Sichuan sekitar tahun 300 Sebelum Masehi. Bagaimanapun penemuan itu ditolak oleh ahli sejarah dan berpendapat bahawa rangka tersebut berkemungkinan besar merupakan fosil dinosaur.


Penemuan naga juga turut dicatatkan oleh dua pengembara yang terkenal iaitu Herodotus dan Marco Polo. Herodotus, pengembara berketurunan Greek yang digelar Bapa Sejarah oleh ahli falsafah Cicero telah menulis di dalam catatannya bahawa beliau telah mengembara ke sebuah tempat bernama Judea sekitar 450 Sebelum Masehi. Beliau telah mendengar cerita dari penduduk tempatan bahawa terdapat seekor naga yang dikurung berhampiran negara Jordan.

Herodotus kemudian melawat ke tempat tersebut dan menjumpai banyak rangka berbentuk ular. Herodotus kemudian mencatatkan bahawa rangka itu adalah seekor ular yang terbang dari Tanah Arab ke Mesir dan telah bertembung dengan burung Ibis lalu mati dibunuh oleh burung tersebut.


Pedagang dan pengembara terkenal dari Venice iaitu Marco Polo pula telah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah diserang dengan makhluk seperti naga yang berterbangan sewaktu ekspedisinya melalui padang pasir di Anatolia untuk menuju ke Persia.


Di Tanah Melayu, Tasik Chini yang terletak di Pahang dikatakan pernah dihuni oleh seekor naga. Misteri tentang kewujudan naga di Tasik Chini masih belum dapat dihuraikan sehingga sekarang.


TAOTAUAJER : Naga sememangnya adalah salah satu haiwan yang misteri sama ada ianya pernah wujud atau pun sememangnya wujud sehingga kini. Ia tidak dapat di pastikan kewujudanya tapi yang pelik ada jugak kejadian-kejadian penampakan naga di langit china dirakamkan. - Koleksi Misteri 


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
KONGSIKAN ARTIKEL INI :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL MENARIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik 2 kali untuk TUTUP
 
Support : | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|My Ping in TotalPing.com
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger