Breaking

Thursday, March 7, 2013

MISTERI! - Lubang Gergasi Menelan Seorang Lelaki Dibilik Tidur Nyer (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - SEFFNER, Florida - Imej sebuah lubang gergasi yang muncul secara tiba-tiba di bilik tidur rumah Jeff Bush (gambar kecil) di sini disiarkan kelmarin.


Lubang tersebut muncul sehingga mengakibatkan Bush, 37, yang sedang tidur terhumban ke dalamnya pada Khamis lalu.


Mayat Bush sehingga kini masih tidak ditemui kerana pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja menyelamat kerana lubang berkenaan semakin membesar.Ia dikenali sebagai lubang benam.

Lubang itu terbentuk kerana kebanyakan tanah di negeri Florida terletak di atas permukaan batu kapur menyebabkan ia mudah terbenam.

Rumah Bush itu kemudian diruntuhkan oleh pihak berkuasa bagi memantau perkembangan lubang tersebut.


Anggota-anggota pihak berkuasa turut meletakkan batu-batu di dalam lubang tersebut. - Agensi

TAOTAUAJER : Sungguh misteri apabila lelaki ini di telan oleh lubang yang dimana tidak dijumpai sehinggakan rumah itu kemudian diruntuhkan bagi kerja-kerja mencari  Bush yang hilang di telan lubang misteri tersebut. - Koleksi Misteri

Adbox