Kerana mematuhi peraturan penerbangan antarabangsa yang melarang penumpang membawa cecair menaiki pesawat, pengawal berkenaan mengarahkan wanita itu minum cecair yang dibawanya atau membuangnya.
Tetapi wanita itu yang namanya tidak disiarkan, memilih pilihan pertama dengan meminum cecair itu dengan sekali teguk. Menyedari dia tidak menelan cecair itu, pengawal berkenaan mengarahnya membuang cecair itu ke dalam gayung yang disediakan. Apa yang keluar dari mulut wanita itu memeranjatkan pengawal dan juga penumpang lain, berudu.
Apabila disoal siasat, wanita itu berkata, rakannya memberikannya anak katak itu dan dia berhasrat untuk membawanya pulang ke Korea Selatan. Dia bagaimanapun dipaksa membuang berudu itu sebelum menaiki pesawat.
Ini bukan kali pertama penumpang pesawat cuba menyeludup amfibia hidup menerusi kawalan keselamatan lapangan terbang. Pada 2011, dua lelaki ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles selepas cuba menyeludup lebih 50 kura-kura hidup dalam kotak bijirin.
SUMBER: METRO
TAOTAUAJER - Euwww menggelikan, bayangkan berudu didalam mulut alangkah menggelikan. Berudu spesis ape yang nak sangat di seludup tu? Macam-macam la deorang nie. - Koleksi WTF!