Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » TERKINI! - 4 Pengganas Mati Ditembak, Seorang Anggota Keselamatan Cedera
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Berita terbaru pertempuran Lahad Datu | Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.


Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut. 


Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.


TAOTAUAJER : Tahniah kepada pasukan keselamatan kita atas kejayaan hari ini. We Proud of You! - BERITA LAHAD DATU CRISIS


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post