Breaking

Saturday, March 9, 2013

OMG! - Sanggup Bakar Muka Untuk Cantik di China (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sanggupkah anda meletakkan api di muka semata-mata untuk kelihatan muda. Jawapannya ya, ada pihak yang sanggup melakukannya. Ada wanita di China yang sanggup berbuat demikian di salon yang menawarkan rawatan muka berapi dikenali sebagai Huo Liao.



Rawatan baru itu yang menggunakan api, digunakan untuk merangsang sel baru, sekali gus kulit kelihatan muda.Kaedah itu dimulakan dengan merendam tuala muka dalam alkohol yang mengandungi serum sebelum dilekapkan ke muka pelanggan.Api kemudian dihidupkan di kawasan di mana serum tersebut disapu.


Menurut pengamal kecantikan berkenaan, kaedah itu bukan sahaja merangsang kulit yang kusam dan berkedut malah ia dikatakan dapat menyembuhkan selesema dan mengatasi masalah obesiti.

Salon yang terlibat dengan kaedah itu memberitahu, rawatan yang ditawarkan itu adalah selamat dan ia perlu dikendalikan oleh mereka yang terlatih sahaja.Manakala kulit muka pelanggan pula akan menjadi suam, bukan terbakar.

Namun terdapat banyak keraguan mengenai risiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang menjalani rawatan tersebut.

Antara rawatan lain yang menggunakan teknik bakar pada bahagian badan....


Dalam pada itu penulis buku Real Cause, Real Cure, Jacob Teitelbaum, memberitahu beliau akan menolak jika diminta melakukan rawatan berkenaan.

“Jika badan mengalami kepanasan melampau, maka ia boleh mengubah kimia dalam badan selain menyebabkan masalah ketidakhadaman dan metabolism yang rendah,’’ katanya.

TAOTAUAJER : Pelik sungguh sekarang punya teknik untuk menjadi cantik sehinggakan ada teknik membakar muka di China. Sanggupkah korang meletakkan api di muka semata-mata untuk kelihatan muda? Pasti nyer tidak, silap-silap terbakar terus muka tu terus hodoh. - Koleksi Pelik


Adbox