Breaking

Saturday, August 4, 2012

TAUTAK? - Baitulmaqdis Kini Diiktiraf Sebagai Ibu Negara Israel

TAOTAUAJER - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.



Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.


"Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan persahabatan dengan Israel.

"Hari ini penduduk di bandar ini memperingati kemusnahan kota suci ini beribu-ribu tahun lalu. Apa yang anda lihat kini, ia telah dibina semula oleh orang Yahudi, kemudiannya dibuka kepada ketiga-tiga agama besar dan berubah menjadi bandar yang bersemangat serta sibuk.

"Seperti yang anda katakan iaitu Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel, bandar ini akan terus menjadi ibu negara penduduk Yahudi," katanya sejurus selepas tamatnya upacara Tisha B'Av.

Status Baitulmaqdis adalah isu utama dalam konflik Israel-Palestin selepas rejim Zionis menjajah sebahagian besar bahagian timur Arab ketika perang 1967 dan mendakwa bandar yang terbahagi dua itu sebagai 'ibu negaranya'.

Namun, Palestin mahu Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya serta menentang usaha Israel memperluaskan kedaulatan mereka di bandar itu dan masyarakat antarabangsa termasuk AS, turut tidak secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana konflik yang masih berterusan.

Semalam, Romney turut mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri dan berjanji akan 'menghormati' tindakan ketenteraan rejim Zionis itu ke atas kemudahan nuklear Iran.

"Menghalang Iran daripada menjadi negara kuasa nuklear 'perlu menjadi matlamat utama keselamatan kebangsaan," katanya.

sumber : UtusanOnline
Adbox