Breaking

Friday, September 14, 2012

WOW! - Anjing Great Dane dengan rekod tertinggi di dunia (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini lah Anjing tertinggi di dunia dari baka Great Dane . Sebelum ini tao ade tunjuk anjing terbesar iaitu anjing gergasi newfoundland maka ini pula adalah anjing tertinggi yang pernah di rekodkan.


Great Dane tertinggi di dunia dengan tinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam di London.

Lagi gambar di bawah ini....




Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari.

Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu mamalia tersebut adalah 1.18 meter.

Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan oleh Guinness Book of World Records.

Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George.

"Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag.

Craig Glenday, editor-in-chief Rekod Dunia Guinness, berkata: 'Rekod ini juga telah mencetuskan minat yang besar dalam mencari rekod haiwan lain, jadi kami meminta semua orang untuk memeriksa rumah anjing mereka atau dimana-mana sahaja mungkin mereka hidup dengan rekod dunia.

TAOTAUAJER : Sungguh menakjubkan haiwan ini boleh membesar sehingga menjadi kepelikan ini seekor anjing ataupun seekor kuda. Sebenarnya banyak jer lagi haiwan perliharaan yang lebih besar dari tuanya ,Dengan melihat makhluk yang hebat ini, maka yakinlah bahawa Allah swt itu Maha Hebat ciptaanNya.


Adbox