Breaking

Friday, December 9, 2011

Wow! - Anjing Gergasi Newfoundland tarik kereta hantar pokok Krismas

TAOTAUAJER - Sekali pandang korang akan terfikir anjing ker nih? Besar dah macam beruang jer. Memang iya ini adalah seekor anjing kalau korang nak tau Ia anjing berbaka besar yang dinamakan anjing gergasi Newfoundland.

SEEKOR anjing gergasi spesies Newfoundland menarik sebuah kereta kayu yang membawa sebatang pokok Krismas di Dalby, Britain kelmarin.

Anjing jenis ini asalnya dari Dominion of Newfoundland, yang merupakan sebahagian dari Kanada. Ia boleh didapati dengan warna hitam, kelabu, perang, hitam atau putih. Ia merupakan anjing yang dibiakkan untuk tugas-tugas berat khasnya membantu nelayan di jeti.

DALBY, Britain – Seekor anjing gergasi menarik kereta kayu yang membawa sebatang pokok Krismas dari sebuah hutan di sini dekat Pickering, utara England kelmarin.

Pemilik anjing itu, merupakan anggota pertubuhan kebajikan Aqua Nova Bears.

Anjing itu akan menarik kereta yang membawa pokok Krismas ke kereta para pelanggan.

Khidmat haiwan itu digunakan bagi memperoleh sumbangan wang untuk dana perkhidmatan ambulans Yorkshire.

Anjing itu adalah spesies Newfoundland yang beratnya boleh meningkat kepada 76 kilogram. – Agensi



.
Adbox